Jumat, 28 Februari 2014

TIPS Cara Nak Elak LELAKI GATAL!


Jadi perempuan memang susah. Jalan-jalan seorang diri sahaja pasti diganggu.

Jadi bagaimana hendak elakkan diri diganggu lelaki yang tidak diminati? (Ala, kalau David Beckham yang kenyit mata, takkanlah kami tolak. Tetapi ini, mat rempit, sah-sahlah kami tidak berminat).

Di sini kami senaraikan cara-cara bagi memastikan anda tidak diganggu lagi oleh lelaki miang.

Pasang muka sombong

Lumrah manusia akan perhatikan wajah orang sebelum menyapa. Kalau wajah yang tersenyum ramah, memang ramai berminat untuk mengusik. Namun wajah ketat yang sombong dan nampak garang pasti menyebabkan lelaki tidak berani dekat. Nak elak jadi mangsa lelaki gatal mudah sahaja, pastikan dahi berkerut dan muka macam nak makan orang. Pasti tidak akan diganggu.

Pakai cincin

Saya suka cara ini. Pakai cincin tipu,kononnya anda sudah bertunang atau berkahwin. Lelaki Asia jarang ganggu wanita sudah berkahwin (melainkan wanita itu melayan). Tidak perlu cincin berjenama Tiffany, asalkan nampak macam cincin tanda cukuplah. Dan pastikan pakai di jari yang betul!

Main telefon

Buat-buat sibuk. Tengok mesej atau balas e-mail. Biarpun si lelaki tersebut bersiul atau bercakap dengan anda, buat tak tahu sahaja.

Pastikan dikelilingi teman-teman cantik

Ini berdasarkan kajian saintifik. Kalau dikelilingi teman yang lebih cantik, anda tidak akan diganggu kerana pemangsa (jantan gatal itu) akan sibuk ganggu perempuan yang lebih cantik. Betul atau tidak, boleh mencuba.
ReadFull Article ..

Kamis, 27 Februari 2014

Penampilan Pertama Uma Wang Di Milan



MILAN – Pereka fesyen yang berasal dari China, Uma Wang membuat penampilan pertama menerusi pertunjukan fesyen berunsurkan alam semula jadi dan kerohanian di sini semalam.

Wang dilihat sebagai pereka generasi muda China yang semakin meningkat naik.

“Pembeli dan kilang berada di Milan. Jadi tiada alasan untuk berada di tempat lain,” katanya pada AFP.

Beliau menunjukkan tinjauan koleksinya di Dewan Caryatids Royal Palace di Milan yang sebahagiannya musnah akibat dibom ketika Perang Dunia Kedua.

Koleksinya dimonopoli oleh warna putih, hitam, beige dan hijau.

Wang menuntut di Universiti Tekstil, China dan Central St. Martin, London. Beliau juga telah bekerja selama 10 tahun sebelum menubuhkan jenama sendiri pada tahun 2005.

Biarpun sesetengah jenama Itali mengalihkan produksi dan perhatian kepada pasaran negara membangun, pereka dan jenama dari China mula mengtinjauankan koleksi mereka di Itali. – AFP
ReadFull Article ..

Rabu, 26 Februari 2014

Ada apa Stewart Nicholas

Stewart- Nicholas

BEKAS kekasih Robert Pattinson, Kristen Stewart dikhabarkan akan berpasangan di samping Nicholas Hoult menerusi filem terbaru mereka, Equals.

Bagaimanapun, masih belum ada keputusan rasmi yang dibuat oleh Stewart mahupun bekas kekasih Jennifer Lawrence, Hoult.

Filem sains fiksyen itu bakal diarahkan oleh Drake Doremus yang pernah mengarah Breath In sebelum ini, manakala skripnya ditulis oleh Nathan Parker.

Doremus berkata, Equals mengisahkan kisah cinta futuristik ala sains fiksyen dan dijadualkan menjalani penggambaran awal tahun depan.
ReadFull Article ..

Selasa, 25 Februari 2014

Haiwan ajaib berusia 100 tahun dari Galapagos

George yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun ditemui mati Ahad minggu lalu.
HARAPAN para saintis untuk melihat Lonesome George - seekor kura-kura gergasi Galapagos, meninggalkan baka berakhir apabila haiwan itu ditemui mati di Puerto Ayora, Pulau Santa Cruz, Ecuador pada 24 Jun lalu.

Puerto Ayora terletak di selatan Taman Negara Galapagos.
Dianggarkan berusia lebih 100 tahun, kura-kura berstatus duta Kepulauan Galapagos itu berjaya menarik lebih 180,000 pelancong untuk mengunjungi pulau itu tahun lepas.


George dipercayai kura-kura terakhir daripada subspesies Geochelonenigra abingdoni. Kepulauan itu masih dihuni kira-kira 20,000 ekor kura-kura gergasi daripada 13 subspesies.
George si kura-kura gergasi
"Pada waktu pagi semasa seorang renjer sedang meronda, dia menemui George mati di pusat pembiakan kura-kura gergasi.


"Kehidupan kura-kura ini telah berakhir, namun kami merancang untuk mengawet bangkainya bagi dijadikan tatapan pelancong pada masa hadapan," kata ketua taman itu, Edwin Naula.


Bangkai haiwan bertaraf selebriti itu ditempatkan di dalam sebuah kebuk sejuk bagi mengelakkannya daripada mereput. Saintis berkata, kematian George akan melenyapkan spesies itu.


George mempunyai kisah hidup yang tersendiri. Ia ditemui pada tahun 1972 di Pulau Pinta, salah sebuah pulau di Kepulauan Galapagos.
Sama seperti namanya Lonesome George, haiwan itu hidup bersendirian dan kesepian sepanjang hayatnya.
George tidak mempunyai anak. Walaupun ia cuba dibiakkan bersama dua kura-kura betina berlainan spesies, tinjauannya mengecewakan.


Diburu
Pada tahun 2009, pegawai Ecuador mengumumkan seekor daripada dua kura-kura betina yang tinggal bersama George telah mengtinjauankan sebanyak lima biji telur. Malangnya kesemua telur itu gagal menetas.
TAMAN Negara Galapagos pernah dikunjungi pasangan selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt (dua dan tiga dari kanan).
George hidup bersama dengan kura-kura betina daripada jenis Geochlone becki itu sejak tahun 1993.
Populariti George bukan calang-calang bahkan berjaya menarik perhatian ikon terkenal Angelina Jolie dan Brad Pitt untuk melawat taman negara itu.


Lihat Video

Lokasi tempat kura-kura itu tinggal juga dikunjungi oleh ribuan pelancong setiap tahun.
Mereka mengambil peluang bergambar dengan makhluk pelik di muka bumi itu.
Bagaimanapun, sejak kedatangan manusia ke kepulauan itu, jumlah kura-kura gergasi menurun secara signifikan.
Ia sering diburu kerana dagingnya manakala habitat semula jadinya turut dirampas oleh gerombolan kambing yang dibawa oleh penternak.


Namun, usaha penyelamatan oleh Taman Negara Galapagos dan Yayasan Charles Darwin untuk menambah kembali populasi kura-kura itu mula bertinjauan.


Secara umum, populasi kura-kura gergasi Galapagos meningkat daripada hanya 3,000 ekor pada tahun 1974 kepada 20,000 ekor sekarang.


Selain kura-kura gergasi, Kepulauan Galapagos juga terkenal sebagai rumah kepada berbagai spesies haiwan dan tumbuhan yang unik.


Keajaiban alam dan kebiasaan kura-kura Galapagos yang boleh hidup sehingga 200 tahun telah mencetuskan idea kepada saintis Britain, Charles Darwin untuk memperkenalkan teori evolusinya.
Ketua Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah, berkata usaha untuk memastikan kura-kura gergasi terus hidup sememangnya agak sukar.


"Selain masalah kesihatan kerana usia yang lanjut, haiwan ini sensitif terhadap makanan yang diberikan.


"Selain itu, ia sukar menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang berbeza daripada habitat asal," katanya kepada Jurnal.


Jelasnya, pihak Zoo Negara juga mempunyai kura-kura gergasi daripada spesies Aldabran iaitu kura-kura kedua terbesar di dunia selepas spesies Galapagos tetapi usaha untuk membiakkan haiwan itu bukan mudah.


"Namun, itu tidak bermakna kita akan berhenti berusaha membiakkannya sebaliknya banyak lagi penyelidikan saintifik perlu dilakukan," beritahu beliau. 
sumber

Jom Tengok Video George Si Kura-Kura Gergasi



sumber
ReadFull Article ..

Senin, 24 Februari 2014

Shah Rukh Khan Antara Orang Terkaya Di India


MUMBAI – Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan berada dalam senarai individu terkaya di India dengan kekayaan peribadi berjumlah sekurang-kurangnya AS$300 juta (RM945 juta), lapor akhbar India Today semalam.

Menurut edisi kedua Hurun India Rich List yang disiarkan kelmarin, Shah Rukh yang merupakan pemilik bersama syarikat produksi Red Chillies Entertainment menduduki tempat ke-114 senarai orang paling kaya di India.

Laporan sama menyatakan, nilai keseluruhan aset 100 orang terkaya di India meningkat kepada AS$250 bilion (RM787 bilion) pada tahun ini berbanding AS$221 bilion (RM696 bilion) tahun lalu.

Dalam pada itu, pengerusi syarikat Reliance Industries, Mukesh Ambani menduduki tempat teratas senarai itu apabila memiliki aset mencecah AS$18.9 bilion (RM59.49 bilion) diikuti pemilik syarikat Arcelor Mitt yang berpengkalan di London, Lakshmi Mittal dengan harta bernilai AS$15.9 bilion (RM50 bilion).

Sementara itu, pengasas Sun Farmaseutikal, Dilip Shanghvi, 58, pula memecah rekod buat kali pertama apabila beliau menduduki tempat ketiga teratas dengan peningkatan kekayaan sebanyak 66 peratus.

Di India, terdapat 141 individu yang memiliki kekayaan melebihi AS$300 juta (RM945 juta) berbanding 101 individu pada tahun lalu.

Bagaimanapun, sembilan peratus golongan terkaya di India itu tinggal di Dubai. – Agensi
ReadFull Article ..

Minggu, 23 Februari 2014

Raja Lawak – Isma Alif TAK Layak Jadi Juri Profesional…! Buat Lawak Bodoh OUT OF DATE

isma

Raja Lawak musim ke 7 sudah pun berakhir malam tadi…
Siapa jadi Juara..? Ramai tak tahu, lebih tepat kalau diungkapkan seperti ini “ramai tak mahu ambil tahu sebab Raja Lawak musim ke 7 tak ada kualiti..!”.
Berbeza dengan dengan musim musim yang lepas, penampilan peserta peserta yang bersaing menarik minat penonton untuk mengikuti persembahan mereka. Maka lahirlah nama nama seperti Yus Juara Musim Pertama, Johan, Zizan, Towkei, Kumpulan Sepah, Jehan, Nabil, Shiro yang dianggotai oleh Ajak, Shahrul dan beberapa nama lain pernah dicungkil bakat mereka…
Paling menyedihkan apabila artis yang tak berapa popular sewaktu zamannya tahun 90an, Isma Alif telah dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga Juri Profesional…!
Pelik! Sewaktu zaman Isma menceburi bidang seni beliau tak pernah langsung popular dengan sebarang watak lucu….
Oleh itu apabila dipilih menjadi salah seorang juri, maka Isma Alif telah menyalahgunakan tugasannya!
Beliau tidak pernah memberikan komen yang membina, sebaliknya bukan main sibuk nak membuat lawak lawak bodoh membuang masa dan membuatkan penonton rimas dan meluat. Ini dibuktikan apabila kedua dua pengacara Johan dan Zizan terpaksa mencelah untuk potong celoteh bodoh Isma Alif….
Berbeza pula dengan cara Dato AC Mizal dan Saiful Apek yang menampakkan sikap professional mereka menjadi Juri…
AC Mizal dan Apek banyak memberikan komen yang membina dan tunjuk ajar, begitu juga dengan teguran yang tepat, menyatakan dengan jujur sekiranya persembahan peserta peserta tidak baik dan membosankan.
Isma Alif pula selepas buat lawak bodoh sekiranya masih ada ruang untuk bercakap akan sentiasa memuji persembahan peserta walaupun dengan terang terang persembahan yang diberikan tahap sampah…!
Kalau diperhalusi tingkah laku Isma, beliau nampaknya seperti mahu lepaskan gian sebab tidak pernah berpeluang untuk mendapat ruang seperti ini sewaktu zamannya menjadi artis 90an.
Apa ASTRO dah buat…?
ReadFull Article ..

Sabtu, 22 Februari 2014

Hal Hal yang Bisa Dilakukan Saat Weekend Kalo Pacaran Long Distance



Weekend selalu identik dengan yang namanya kencan. Nah, untung Ente punya pacar! Tapi sayangnya, Ente tinggal di Jakarta dan pacar Ente tinggal di Azerbaijan. Aduh gimana ini?! Gimana mau pacaran kalo dipisahkan jarak begini?! Tapi sekarang kan era internet. Harusnya Ente gak perlu khawatir dong. Jangan kampungan gitu ah. Berikut adalah beberapa hal yang bisa Ente lakukan saat weekend kalo Ente pacaran LDR!

Main Online Games

Buat Ente pasangan yang paham banget teknologi, tentu bakalan asik banget kalo Ente bisa main online games bareng. Ada banyak game-game seru yang bisa dimainin bareng lho, seperti misalnya Battlefield 3, Left 4 Dead 2, World of Warcraft, atau mungkin Call of Duty: Modern Warfare 3. Asiknya game-game ini adalah Ente bisa ngobrol sambil main game. Kalo Ente tiba-tiba berantem sama pacar Ente, tinggal bunuh aja karakter pacar Ente di game! Mantab!!

Main Tebak-Tebakan

Ente: Sayang, ada nenek-nenek jatuh dari monas tapi gak mati. Kenapa hayo?!
Pacar: Hah, gak tahu. Kenapa?
Ente: Tebak dulu dong.
Pacar: Aaah gak tau aah. Apaaan?!
Ente: Nyerah?
Pacar: Iya.
Ente: Soalnya diselamatkan Tuhan. Hahahaha.
Pacar: Aah sayang bisa ajaaa!
Ya ampun lucu banget ya. Ente bisa main tebak-tebakan seharian kalo kayak gini caranya.

Main Suit

Siapa bilang kalo suit harus ketemuan?! Bermodalkan webcam dan aplikasi-aplikasi semacam Skype atau Facetime, Ente bisa bertatap muka langsung dan tentunya Ente bisa main suit seharian! Bayangkan serunya mengadu reflek dan keberuntungan Ente dengan si pacar selama 5 jam di weekend! Menyenangkan sekali. Bosan dengan suit biasa? Mungkin Ente bisa coba suit Jepang! Seru!

Pergi Bareng (Ke Mall Virtual)

Iri dengan teman-teman Ente yang bisa pergi kencan ke mall di malam minggu? Ente dan pacar Ente yang Long Distance juga bisa loh! Ente bisa pergi ke mall virtual! Sambil video call, kalian bisa jalan-jalan bareng ke website-website seperti Amazon.com, melihat banyak sekali barang-barang yang bagus dan menyenangkan! Atau iri dengan teman-teman Ente yang suka cari barang bekas sama pacarnya di Pasar Senen? Ente juga bisa ke eBay! Rasanya sama kok! Cuma barangnya gak bisa Ente pegang aja. Trus Ente juga gak bisa gandeng tangan pacar Ente. Tapi sisanya rasanya sama kok. Mirip lah.

Sex Chat

Kalo menurut Ente semua hal di atas konyol, paling gak Ente selalu bisa sex chat kok. Emang beda sama aslinya sih, tapi paling gak rasanya kayak baca Cerita-Cerita Seru (CCS) atau bokep stensilan gitu deh. Kalo ada webcam lebih asik sih pastinya, walaupun gak seasik aslinya. Tapi paling gak aman gitu. Tapi tetep…gak seasik aslinya. Hihihi.
Begitulah. Biarpun kelihatannya agak sulit, tapi masih banyak hal yang bisa dilakukan saat pacaran long distance kok. Jangan menyerah ya. Tapi emang masih jauh asikan pacaran yang bisa ketemuan langsung sih. Siapa suruh pacaran long distance. Hihihihi!

ReadFull Article ..

Jumat, 21 Februari 2014

Penyebar Berita Palsu Boleh Didenda RM50 Ribu


Penyebar Berita Palsu Boleh Didenda RM50 Ribu
Penyebar Berita Palsu Boleh Didenda RM50 Ribu - CYBERJAYA : Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu melalui internet atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang iaitu denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, hukuman tersebut boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penyebaran berita palsu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang strok ringan. – Kosmo
ReadFull Article ..

Kamis, 20 Februari 2014

KETAHUI 6 ORANG BILLIONER PALING DERMAWAN DI DUNIA


6 ORANG BILLIONER PALING DERMAWAN DI DUNIA . . .
Memiliki kekayaan yang berlimpah-ruah memang tidak dapat dinikmati kebanyakkan orang. Mungkin dari seluruh penduduk di dunia ini, hanya ada segelintir saja yang dapat dikatakan billioner. Siapakah mereka ?

 Lakshimi Mittal
1. Lakshimi Mittal

Asal Negara: India
Kewarganegaraan: Inggris
Usia: 56 tahun
Status Perkawinan: Kawin, 2 anak
Anggaran Kekayaan: 32 billion (US$)

Sumber Pendapatan: Besi
Anggaran jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 6/10 dari jumlah hartanya.
Warren Buffet
2. Warren Buffet
Asal Neqara: Amerika
Kewarganegaraan: Amerika
Usia: 76 tahun
Status Perkawinan: Duda, 3 anak
Anggaran Kekayaan: 52 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Pelaburan

Anggaran jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 6/10 dari jumlah hartanya.
Prince Al Waleed Bin Talal Al Saud

3. Prince Al Waleed Bin Talal Al Saud
(Anak saudara Raja Saudi Arabia)
Asal Neqara: Saudi Arabia
Kewarganegaraan: Saudi Arabia
Usia: 49 tahun
Status Perkawinan: Kawin, 2 anak
Anggaran Kekayaan: 23,7 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Pelaburan

Anggaran jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 6/10 dari jumlah hartanya.
Bill Gates
4. Bill Gates
Asal Negara: Amerika
Kewarganegaraan: Amerika
Usia: 52 tahun
Status Perkawinan: Kawin, 3 anak
Anggaran Kekayaan: 59,2 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Microsoft

Anggaran jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 6/10 dari jumlah hartanya.

Ingvar Kamprad
5. Ingvar Kamprad
Asal Negara: Swiss
Kewarganegaraan: Sweden
Usia: 80 tahun
Status Perkawinan: Kawin, 4 anak
Anggaran Kekayaan: 33 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Ikea

Anggaran jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 8/10 dari jumlah hartanya.

Carlos Slim Helu
6. Carlos Slim Helu
Asal Negara: Mexico
Kewarganegaraan: Mexico
Usia: 67 tahun
Status Perkawinan: Duda, 6 anak
Anggaran Kekayaan: 67,8 billion (US$)
Sumber Pendapatan: Telekomunikasi
Anggaran jumlah wang yang telah disumbang untuk amal: 9/10 dari jumlah hartanya.

Di Malaysia, antara yang paling terkenal dari segi kedermawanannya adalah Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary.
Beliau banyak menggunakan kekayaannya bagi menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan, terutamanya dalam bidang pendidikan, seperti membina pusat tahfiz.






ReadFull Article ..

Rabu, 19 Februari 2014

PRU13 Gerak kerja PAS lebih baik dari 2008

Harakahdaily 

Khairul Azlam Mohamad, 03 Apr 2013


MARANG: Mesej PAS kepada rakyat agar dapat membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13 ) ini ke arah yang lebih baik bagi menyelamatkan negara dan rakyat seluruhnya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan mengemukakan calon-calon yang bertanding pada pilihan raya kali ini di kalangan yang paling bertanggungjawab serta beramanah.

“Mesej kita (PAS) kepada rakyat Malaysia seluruhnya supaya membuat (perubahan) yang menyelamatkan negara dan rakyat secara yang menyeluruh.

“Insya Allah, kita akan kemukakan calon-calon yang paling bertanggungjawab, yang paling menunaikan amanah sama ada dibuktikan melalui kerajaan-kerajaan yang kita (Pakatan Rakyat) perintah, melalui kawasan-kawasan yang sudah dimenangi, melalui Pusat-pusat Khidmat Masyarakat yang dilakukan di kalangan kita (PAS) kepada rakyat sepanjang tahun 2008 hingga 2013 dan rakyat dapat menilainya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di Kampung Rusila, ekoran pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, hari ini.

Menurutnya, meski pun PAS belum lagi sebagai sebuah parti yang memerintah kerajaan Pusat tetapi dapat menunaikan tanggungjawab mengikut kemampuan dengan penuh keikhlasan.

Sehubungan itu, Presiden PAS turut mengulangi penegasan parti bahawa PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

“Alhamdulillah, kita telah selesai membuat penyusunan dan pembahagian dengan sebaik-baiknya. Malah, lebih baik dari pilihan raya tahun 2008 di mana gerak kerja dan jentera kita lebih baik dari masa-masa yang lalu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut mendesak agar kerajaan Barisan Nasional berlaku adil dan telus dalam pilihan raya umum kali ini.

Katanya, perlawanan politik dalam negara yang mengamalkan prinsip demokrasi mesti diadakan di atas ‘padang’ yang sama rata.

“Harapan kami, pilihan raya secara demokratik dalam erti kata yang sebenar dapat dilaksanakan. Sebagaimana di tempat lain menjalankan demokrasi sebenar seperti di Indonesia, Filipina, Thailand, Mesir dan termasuk di negara lain yang sentiasa membuat pembaharuan,” tegasnya di hadapan 30 pengamal media di negeri ini.

Selain itu, Ustaz Abdul Hadi turut menasihatkan semua pengamal media agar menjalankan kerja secara ikhlas, jujur dan profesional.

“Cuma saudara kena catit apa yang kita lapor. Itu hal saudaralah. Tunaikan secara profesional sebagai wartawan. Kita tahu di Malaysia ini, yang atas macam-macam ceritalah. Kita (PAS) akan bagi kerjasama dan laluan kepada wartawan, jaga keselamatan. Media rakan kita,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media tersebut Pesuruhjaya dan Setiausaha PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut dan Yahaya Ali, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing dan Timbalan DHPP negeri, Jefri Chua.
ReadFull Article ..

Selasa, 18 Februari 2014

Lucu… Bila Wajah Suspek SEIRAS Muka Pegawai Polis

Lucu... Bila Wajah Suspek SEIRAS Muka Pegawai Polis

PETALING JAYA –  Ramai yang tidak percaya apabila melihat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Ku Chin Wah memegang gambar suspek kes bunuh, Kong Swee Kwan pada Selasa semuanya gara-gara gambar mereka berdua nampak seiras.
Ku yang memakai cermin mata dengan misai nipis, sementara Kong juga dilihat mempunyai potongan rambut yang hampir serupa turut memakai cermin mata, membuatkan muka mereka benar-benar nampak seiras.
Ketika dihubungi pada Rabu untuk mengulas mengenai isu berkenaan, Ku memberi penerangan yang lebih jelas.
“Saya lebih kacak!,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada The Star Online, yang turut disertakan dengan ikon senyum.
Terdahulu pagi Rabu, ramai pengikut twitter menulis mengenai wajah Ku dan Kong yang hampir serupa.
@tengfoong mentweet: “Lihat wajah yang seriras?”. Turut disertakan pautan kepada artikel dan gambar berkenaan.
Thomas Chin @thomaschin239 mengulas: “Kelakar bagaimana suspek dan SAC Datuk Ku Chin Wah nampak sangat seiras.”
Peguam Michelle Yesudas @chelle_yesudas pula menyatakan rasa tidak percayanya: “Serius, Ku Chin Wah tidak peduli untuk menukar cermin matanya dengan gambar suspek yang dikehendaki…”
Nikolai @NikolaiAF geli hati: “Haha, dia menyorok dalam terang! Bagaimana liciknya dia!”
@Hellioz666 juga melihat wajah yang seiras itu: “Adakah ‘Slim Shady’ sebenar akan muncul? Saya ulangi.”
Polis sedang memburu, Kong,44, dalam kes pembunuhan pengasas Bank Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi.
Pada 29 Julai, Najadi, 75, mati ditembak selepas seorang melepaskan tembakan kepada beliau dan isterinya di tempat letak kereta di luar kuil Kuan Yin di Jalan Ceylon.
Isteri Najadi, Cheong Mei Kuen yang terselamat dalam serang tersebut mengalami kecederaan di bahagian lengan.
Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki teksi yang sedang sedia menunggunya. –The Star
ReadFull Article ..

Senin, 17 Februari 2014

Bashar Al Assad Dalang Serangan Kimia


LONDON – Kerajaan Britain percaya rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad bertanggungjawab berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia pada minggu ini, kata Setiausaha Luar William Hague semalam.

Pada masa yang sama Hague meminta pasukan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu diberikan akses serta-merta untuk mengunjungi lokasi berkenaan.

Serangan senjata kimia itu didakwa berlaku di sebuah lokasi berhampiran ibu negara Syria, Damsyik pada Rabu lalu.

“Bukti serangan kimia itu berlaku akan hilang jika tindakan lambat diambil,” kata Hague.

“Kami percaya serangan kimia berskala besar ini dilakukan oleh rejim Bashar tetapi kami mahu PBB diberi akses untuk membuktikannya,” tambahnya.

Beliau menolak dakwaan bahawa serangan itu sengaja diada-adakan oleh pihak penentang yang memerangi rejim Bashar.

“Peluang untuk itu berlaku adalah amat tipis,” ujarnya.

“Satu-satunya penjelasan yang munasabah adalah ia serangan kimia. Sudah jelas beratus-ratus orang terbunuh. Beberapa anggaran lain mendapati lebih 1,300 orang maut dalam serangan ini,” jelas Hague.

Damsyik sebelum ini menafikan dakwaan bertanggungjawab melancarkan serangan kejam tersebut.

Namun, kata Hague, tiada penjelasan lain selain penggunaan senjata kimia yang dapat menjelaskan punca sebegitu banyak kematian berlaku di kawasan yang kecil.

Sementara itu, seorang penyerang berani mati meletupkan diri di sebuah restoran di bandar Aleppo, utara Syria yang mengakibatkan enam orang terbunuh.

Kumpulan Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, letupan berlaku ketika sekumpulan belia mengadakan majlis tamat pengajian seorang penuntut di sebuah restoran kelmarin.

“Serangan juga mencederakan 19 orang termasuk sebahagian mengalami cedera parah,” kata kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu.

Kebangkitan rakyat Syria menentang Bashar bertukar menjadi perang saudara yang meragut lebih 100,000 nyawa sejak konflik berlanjutan lebih dua tahun. – Agensi
ReadFull Article ..

Minggu, 16 Februari 2014

Kerang Batang Gajah yang pelik




BESAR...Kerang Batang Gajah atau Geoduck
Anda pernah makan kerang,kepah,kupang atau kerang-kerangan yang sejenis dengannya? Tentu saiznya kecil dan tidak puas menikmatinya di sebabkan saiznya yang kecil.Tetapi ada sejenis kerang yang di gelar kerang gergasi atau Geoduck adalah jenis kerang terbesar di muka bumi.Ia kadang-kadang dikenali sebagai Kerang Raja dan ada yang mengelarnya Kerang Batang Gajah.Berasal dari pantai barat laut Amerika Syarikat dan Kanada (terutamanya Washington dan British Columbia).

panjang isinya  boleh mencapai 1 meter panjang. Ia mempunyai berat antara 0.5 dan 1.5 kilogram hingga ke 7.5 kg tetapi boleh membesar lebih besar dari itu.Ia mempunyai jangka hayat 146 tahun, yang menjadikannya salah satu daripada kerang yang paling lama hidup dalam kelompoknya.Geoduck adalah makanan istimewa di China dan Jepun, di mana mereka sering dimakan mentah gaya sashimi.






Video-video berkaitan Kerang Batang Gajah atau Geoduck.










ReadFull Article ..

Sabtu, 15 Februari 2014

Isteri Berdoa Menangis Untuk Mandikan Jenazah Suami


Seorang isteri menangis-nangis kerana mahu mandikan jenazah suaminya. Bapa mertua dengan polis forensik tidak membenarkan. Sambil menangis isteri berkata “Ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu Ente (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai Ente (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah Ente.. ”
Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk bertanya apahal yang terjadi, kemudian ustaz tu berkata : “Tidak mengapalah kalau isteri nak mandikan jenazah suami..” Lalu ustaz bersama beberapa orang lagi temankan si isteri memandikan jenazah suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, “Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti..”
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata “Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku..”
Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata “Tubuh inilah yang memberi pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak, moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku”
Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata “dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata untuk mencari sesuap nasi, terima kasih abang…moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yang berlipat kali gandanya”
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata “terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu.”
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya. Semoga menjadi iktibar untuk kita bersama. InsyaAllah.
Sumber 
ReadFull Article ..

Jumat, 14 Februari 2014

Variety 1N2D S2 Episode 18


Members:  Lee Soo Geun, Uhm Tae Woong, Kim Jong Min, Kim Seung Woo, Sung Si Kyung, Cha Tae Hyun, Joo Won.

Sikyung and Joowon race to finish, theyll have to hitch hike to the base camp to meet their teammates.  Good thing Joowon learned to play the game really well so hes able to get to the base camp safely.  Taehyun asked the help of 2 little girls finding the flag, theyre so cute leading him to all the places around the village. ^^

For their sleeping bokbulbok, theyre playing group bingo, they have to pass 3 team games to form a bingo on the board and everyone will get to sleep indoors, but if they fail, theyll all have to sleep in the cave.  For their morning mission, the PD will give a quiz everyone hour, and the member to get it right will be exempted.  Only one member will do the morning mission, and the mission is paragliding, but because of the bad weather, they cant push through with it.


1 Night 2 Days S2 - Episode 18 w/ English subtitles

credits: boosaysharingiscaring.com

*note: you have to register in boos site to view the post.


Previous >>  Episode 17
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Februari 2014

Wajib Baca! Rahsia Tersembunyi Pada Alamat Web Blogspot

Assalam


Gua telah mendapat info dari blogger lain... berkenaan alamat blog yg dimanipulasi yahudi laknatullah!...bagaimana dorang manipulasi alamat blog kita?

(sila ikuti langkah-langkah dibawah)

buka link blog dibawah...(alamat blog ini)
http://akusijebat.blogspot.com 

buka 1 lagi browser lain dan buka pula link dibawah
http://akusijebat.blogpot.com/

apa bezanya? huruf "s" pada perkataan blogspot dibuang...dan anda akan terkejut kerana ia akan membawa anda kepada website "Mega Site of Bible Studies"....

Ya...alamat blog kita sama dengan alamat kajian bible.... cubalah alamat blog yg lain, buangkan sahaja huruf "s" pada perkataan blogspot...ia akan membawa kita kepada website bible yg sama...pelik kan? bagaimana mereka lakukan?

siapa yg pernah guna IP Locator? cuba ketahui dimana alamat blog anda di "host"kan...
caranya:

  1.  - pergi ke start>run
  2. - taip dan tekan
  3. - taipkan (letakla alamat blog anda)
maka akan keluarlah begini:

ambil ip no yg tertera, iaitu: 209.85.175.132 (contoh)
seterusnya buka website ip locator http://smart-ip.net (ini adalah salah satu dari banyak lagi web yg boleh locate nombor ip).

lepas tu masukkan nombor ip pada kotak nombor ip yg disediakan...biasanya dia akan terus detect ip no komputer yg sedang anda gunakan seperti rajah dibawah...



tekan "enter" atau butang "locate"
inilah keputusannya:

keputusan menunjukkan file hosting blog kita terletak di Amerika...
sekarang cuba pula ping alamat blog yg telah dibuang "s" pada perkataan blogspot....
anda akan dapati keputusan yg pelik iaitu:


ya...request "timeout" ... 100% lost...
cuba pulak ambil nombor ip tersebut dan letak pada website ip locator tadi...
dapat pulak lokasi hosting tu...di Amerika juga...walaupon kita ping, semua lost (failed), tapi kita dapat kesan lokasi...



erm...misteri sungguh...apakah ini juga merupakan 1 lagi perangkap yahudi? apakah ini juga salah satu perancangan rapi oleh mereka ??

mungkin hanya pakar2 IT, hackers, penggodam sahaja yg tahu bagaimana mereka buat... tapi segala perancangan mereka, tetap tidak akan dapat melawan perancangan dari Allah SWT..
wallahuaalam...
==========
Sesiapa yang nak share, sila sebarkan, tidak perlu minta izin.Ilmu ini datangnya dari Allah, untuk setiap manusia...

ReadFull Article ..

Rabu, 12 Februari 2014

Sarawak mahu royalti minyak disemak

sinar harian
20 Ogos 2012
Taib: Sarawak akan bincang semakan royalti minyak dengan kerajaan pusat
Abdul Taib Mahmud
KUCHING - Kerajaan negeri akan berbincang dengan kerajaan pusat mengenai keperluan untuk menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum yang dibayar kepada Sarawak berdasarkan hubungan rapat sedia ada antara kedua-dua pihak, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
  
Sambil bersetuju bahawa pemimpin negeri daripada pihak kerajaan dan pembangkang di negeri itu mencapai kesepakatan berhubung isu itu, beliau berkata kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenainya.
  
Katanya ini lebih-lebih lagi susulan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada tinjauan petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  
"Perkara ini akan dibincangkan dengan kerajaan pusat berdasarkan hubungan baik saya dengan perdana menteri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya beliau di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini.
  
Awal bulan ini, Najib mengumumkan bahawa jawatankuasa itu diberi enam bulan untuk mengkaji perkara itu sebelum membuat cadangan kepada kerajaan pusat, yang akan menamatkan segala persoalan yang menyelubungi isu pembayaran royalti.

Bagaimanapun beberapa pemimpin politik di negeri ini berpendapat semakan semula royalti petroleum kepada negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu perlu merangkumi Sarawak dan Sabah memandangkan kedua-dua negeri berkenaan adalah penyumbang utama pengeluaran petroleum negara.
  
Naib Pengerusi Wanita Barisan Nasional Sarawak Datuk Fatimah Abdullah dipetik sebagai berkata sudah tiba masanya perjanjian mengenai bayaran lima peratus royalti minyak itu disemak semula memandangkan kadar itu dibuat lebih dari empat dekad lepas.
  
Selain itu, Pengerusi DAP negeri Wong Ho Leng pula berkata menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga kepentingan kedua-dua negeri agar berada pada kedudukan yang setara dengan negeri di Semenanjung. - Bernama
ReadFull Article ..

Selasa, 11 Februari 2014

Beranikah Soi Lek bertanding di Gelang Patah

sinarharian
7 April 2013
Guan Eng cabar Soi Lek tanding Gelang Patah
Guan Eng (duduk, tiga, kiri) dan Kit Siang (duduk, tiga, kanan) bersama pimpinan DAP Dun Penggaram selepas sidang media, semalam.
 
 Guan Eng cabar Soi Lek tanding Gelang Patah

BATU PAHAT - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dicabar untuk bertanding di Parlimen Gelang Patah menentang Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau mengharapkan kerusi berkenaan akan ditentang oleh calon Cina dari Barisan Nasional (BN) terutamanya Soi Lek.

“Kenapa Soi Lek takut hendak bertanding di sini? Saya rasa ada jawapannya kerana beliau takut kalah dengan pihak kami, sebab itulah mereka bercadang untuk menghantar Abdul Ghani (Datuk Abdul Ghani Othman).

“Tapi saya juga boleh katakan yang Abdul Ghani juga akan tewas kerana pada pilihan raya kali ini, kami akan melawan habis-habisan,” katanya dalam satu sidang media di sini, semalam.

Beliau juga beranggapan jika BN meletakkan calon dari Umno untuk bertanding di kerusi berkenaan, ia disifatkan satu tindakan pengecut.

“Kerusi Parlimen Gelang Patah itu milik MCA, kenapa nak diserahkan kepada Umno?” katanya.

Sementara itu, beliau menyangkal kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang menyatakan kerusi Parlimen Gelang Patah bakal menjadi ‘kubur’ Kit Siang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya juga cabar Mahathir untuk datang ke sini (Gelang Patah) sama ada bertanding atau melihat yang Gelang Patah ini menjadi ‘kubur’ siapa? Calon BN atau kami," katanya.
ReadFull Article ..

Senin, 10 Februari 2014

Najib tak perlu bimbang kerana Pembangkang tidak pernah melakukan huru hara sejak merdekakata pemimpin PR

sinarharian
10 Februari 2013
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub

SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin yang mahu pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sebagai tanda ‘ketakutan BN’.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Najib tidak perlu takut sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas pada PRU13 kerana sejarah membuktikan pembangkang tidak melakukan huru hara sejak merdeka.
Menurutnya, kenyataan itu sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan BN yang tidak pernah merasai kekalahan di peringkat pusat.

“Tidak perlu bimbang, pembangkang tidak akan melakukan huru hara seperti yang didakwa. Kami akan menerima keputusan dengan berlapang dada, apa yang dirisaukan adalah dari pihak lawan.

“Rakyat sekarang juga sudah matang, rakyat boleh menilai  setiap kenyataan-kenyataan pemimpin negara dan tidak akan merosakkan keamanan yang telah dikecapi 56 tahun lalu. Kami mendukung demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Dakwanya lagi, dalam keadaan semasa yang tidak memihak kepada pembangkang dan sistem pilihan raya yang tidak bersih, pakatan tiga parti dalam PR tidak pernah memboikot pilihan raya, malah katanya, itulah penyumbang kepada demokrasi yang diamalkan negara.

“Bagi kami, kenyataan demi kenyataan yang mendakwa pembangkang akan menghuru-harakan negara  kita ini  sebagai satu perang psikologi yang dilancarkan  oleh BN.

“Oleh kerana mereka tahu akan tewas pada PRU13, maka taktik itu digunakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali turut berpendapat kenyataan Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menuduh pembangkang akan menghuru-harakan negara sebagai perang psikologi.

Katanya, pihak yang harus menerima kekalahan pada PRU13 adalah BN dan jangan sesekali membuat sesuatu yang boleh menggugat keamanan negara.

“Kita boleh tengok dari segi sejarah, pihak mana yang tidak boleh menerima kekalahan.Contohnya seperti di Perak, di mana kerajaan PR yang dipilih rakyat ditumbangkan dengan cara yang keji.

“Selain itu seperti di Terengganu, Pas menang pada Pilihan Raya Umum 1999, maka wang royalti ditarik balik dan ditukarkan kepada wang ihsan.  Ada banyak contoh lain, jadi siapakah yang tidak menerima kekalahan?” katanya.
ReadFull Article ..

Minggu, 09 Februari 2014

Menampilkan Pasang Emoticon di Kotak Komentar

Dengan adanya emoticon di kotak komentar tentunya akan membuat blog menjadi lebih hidup. Para komentator menjadi lebih bisa mengekspresikan perasaannya melalui icon2 (emoticon). Kalau di wordpress mungkin feature ini sudah tersedia. Tapi untuk blogspot kita harus mengotak-atik dan mengakalinya supaya bisa menampilkan emoticon di area komentar. Gimana? Ente mau memasang emoticon ini?

Seperti biasanya, di trik ini akan diberikan dua macam emoticon, yaitu emoticon kucing (seperti punyaku ini) dan emoticon yahoo. Ente tinggal pilih mana yang Ente suka.

Emoticon Yahoo : 



Emoticon Kucing : 
      
       

Gini nih cara membuatnya :

1. Pertama login ke blogger, trus ke "Layout (Tataletak) --> Edit HTML "
2. Beri tanda centang pada kotak "expand widget template"
3. Lalu letakkan script berikut sebelum kode </body> 

Untuk Emoticon Yahoo :

<script src=http://kendhin.890m.com/emoticon/smile1.js type=text/javascript/>

Untuk Emoticon Kucing :

<script src=http://kendhin.890m.com/emoticon/smile2.js type=text/javascript/>


4. Kemudian cari kode berikut ini :

<p class=comment-footer>
<b:if cond=data:post.embedCommentForm>
<b:include data=post name=comment-form/>
<b:else/>
<b:if cond=data:post.allowComments>
<a expr:href=data:post.addCommentUrl expr:onclick=data:post.addCommentOnclick><data:postCommentMsg/></a>
</b:if>
</b:if>
</p>


5. Kalo sudah ketemu letakkan kode2 berikut setelah kode <p class=comment-footer>

Ini untuk Yahoo emoticon :

<b><img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/21.gif/>
:))
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/100.gif/>
:)] 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/71.gif/>
;)) 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/5.gif/>
;;)
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/4.gif/>
:D 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/3.gif/>
;) 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/10.gif/>
:p 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/20.gif/>
:(( 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/1.gif/>
:) 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/2.gif/>
:( 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/8.gif/>
:X 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/12.gif/>
=(( 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/13.gif/>
:-o 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/7.gif/>
:-/ 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/11.gif/>
:-* 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/22.gif/>
:| 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/35.gif/>
8-} 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/102.gif/>
~x( 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/104.gif/>
:-t 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/66.gif/>
b-( 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/62.gif/>
:-L
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/14.gif/>
x( 
<img border=0 src=http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/emoticons7/24.gif/>
=))
</b>


Kalo mo yang emoticon kucing pake yang ini :


<b><img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/capek.gif/>
:f
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/bigsmile.gif/>
:D
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/hi.gif/>
:)
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/kagum.gif/>
;;)
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/love.gif/>
:x
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/malu.gif/>
:$
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/marah.gif/>
x(
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/bingung.gif/>
:?
</b>
<br/>
<b>
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/mumet.gif/>
:@
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/muntah.gif/>
:~
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/mentok.gif/>
:|
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/ngakak.gif/>
:))
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/sedih.gif/>
:(
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/senang.gif/>
:s
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/tolong.gif/>
:((
<img border=0 src=http://kendhin.890m.com/emoticon/wow.gif/>
:o </b>

6. Kalo sudah trus di "save" dan coba lihat tinjauannya

Tambahan
* Kadang-kadang ada beberapa template memiliki kode yang beda. Kalau caranya sudah dilaksanakan dengan benar tapi tinjauannya tidak terjadi apa2 atau kodenya tidak berubah menjadi emoticon, kemungkinan itu karena Kode untuk templatenya berbeda atau bisa juga karena mugnkin hosting untuk menaruh file emoticon dan javascriptnya sedang bermasalah.








Sumber
ReadFull Article ..