Jumat, 21 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Penyebar Berita Palsu Boleh Didenda RM50 Ribu

Penyebar Berita Palsu Boleh Didenda RM50 Ribu


Penyebar Berita Palsu Boleh Didenda RM50 Ribu
Penyebar Berita Palsu Boleh Didenda RM50 Ribu - CYBERJAYA : Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu melalui internet atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang iaitu denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, hukuman tersebut boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penyebaran berita palsu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang strok ringan. – Kosmo

Tidak ada komentar:

Posting Komentar