Tampilkan postingan dengan label lawak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lawak. Tampilkan semua postingan
Minggu, 23 Februari 2014
Raja Lawak – Isma Alif TAK Layak Jadi Juri Profesional…! Buat Lawak Bodoh OUT OF DATE

Raja Lawak musim ke 7 sudah pun berakhir malam tadi…
Siapa jadi Juara..? Ramai tak tahu, lebih tepat kalau diungkapkan seperti ini “ramai tak mahu ambil tahu sebab Raja Lawak musim ke 7 tak ada kualiti..!”.
Berbeza dengan dengan musim musim yang lepas, penampilan peserta peserta yang bersaing menarik minat penonton untuk mengikuti persembahan mereka. Maka lahirlah nama nama seperti Yus Juara Musim Pertama, Johan, Zizan, Towkei, Kumpulan Sepah, Jehan, Nabil, Shiro yang dianggotai oleh Ajak, Shahrul dan beberapa nama lain pernah dicungkil bakat mereka…
Paling menyedihkan apabila artis yang tak berapa popular sewaktu zamannya tahun 90an, Isma Alif telah dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga Juri Profesional…!
Pelik! Sewaktu zaman Isma menceburi bidang seni beliau tak pernah langsung popular dengan sebarang watak lucu….
Oleh itu apabila dipilih menjadi salah seorang juri, maka Isma Alif telah menyalahgunakan tugasannya!
Beliau tidak pernah memberikan komen yang membina, sebaliknya bukan main sibuk nak membuat lawak lawak bodoh membuang masa dan membuatkan penonton rimas dan meluat. Ini dibuktikan apabila kedua dua pengacara Johan dan Zizan terpaksa mencelah untuk potong celoteh bodoh Isma Alif….
Berbeza pula dengan cara Dato AC Mizal dan Saiful Apek yang menampakkan sikap professional mereka menjadi Juri…
AC Mizal dan Apek banyak memberikan komen yang membina dan tunjuk ajar, begitu juga dengan teguran yang tepat, menyatakan dengan jujur sekiranya persembahan peserta peserta tidak baik dan membosankan.
Isma Alif pula selepas buat lawak bodoh sekiranya masih ada ruang untuk bercakap akan sentiasa memuji persembahan peserta walaupun dengan terang terang persembahan yang diberikan tahap sampah…!
Kalau diperhalusi tingkah laku Isma, beliau nampaknya seperti mahu lepaskan gian sebab tidak pernah berpeluang untuk mendapat ruang seperti ini sewaktu zamannya menjadi artis 90an.
Apa ASTRO dah buat…?
Jumat, 20 Desember 2013
Angah Raja Lawak Kini Bergelar Penerbit

Kami sebenarnya bangga dan tumpang gembira apabila golongan artis yang berani untuk melangkah lebih jauh dalam karier yang mereka ceburi ini.
Ia sekaligus membuktikan bahawa mereka punyai misi dan visi untuk memajukan diri ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Salah seorangnya, Angah Raja Lawak, 35, atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim yang kini sudahpun menubuhkan produksinya sendiri bersama pengarah filem, Ismail Bob Hasim iaitu Shapeway Entertainment Sdn. Bhd.
Secara tidak langsung, beliau kini bergelar penerbit program, memetik laporan myMetro Online.
Untuk pengetahuan semua, program terbitan pertama syarikatnya iaitu Warung Angah bakal menemui penonton bermula 13 Oktober nanti melalui saluran Astro.
“Saya juga menampilkan pengacara undangan iaitu Along Cham pada setiap episod. Selain itu, ada juga episod istimewa yang kami tampilkan beberapa artis undangan lain untuk menyemarakkan lagi program ini.
“Lokasi penggambaran program ini dilakukan di pasar malam atau pasar tani sekitar Lembah Klang. Sesi rakaman dibuat pada awal Julai lalu,” katanya.
Angah turut menjelaskan bahawa karier seninya masih berjalan seperti biasa, namun lebih fokus pada program TV yang dihasilkan produksinya.
“Menyusul selepas ini, produksi saya akan menghasilkan program bual bicara mengenai Islam sebanyak 13 episod yang berkonsep santai berjudul Anta Tanya Ana Jawab.
“Saya bertindak sebagai hos dan Ustaz Haslin atau dikenali Ustaz Bollywood selaku penceramah. Penggambaran program ini akan berlangsung pada 22 hingga 30 Oktober ini dan lokasi rakaman ialah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),” jelas beliau.
Langganan:
Postingan (Atom)