Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Suami rela isteri ditiduri lelaki lain demi Zuriat



http://i.imgur.com/e7uxe.jpg
Demi mendapatkan keturunan, Pujo Relakan Isteri Sebilik dengan Lelaki Lain Selama 2 Bulan.
TUBAN – Demi memiliki keturunan, Pujo Sumarto (49), warga Desa Prunggahan Wetan, Kecamatan Semanding, Tuban, Jawa Timur, rela melakukan apa sahaja. Termasuk, merelakan isterinya, Rustami (45), berduaan dalam bilik bersama Mat Tohari, seorang lelaki asal Gresik yang mengaku kiai dan boleh membantu memberikan anak.
Di dalam bilik itu, Gus Mat, panggilan Mat Tohari, mengaku sedang melakukan ritual sembahyang malam khusus bersama Rustami selama 45 minit dalam keadaan gelap, supaya keinginan itu dikarunikan seorang anak dapat terwujud. Namun, selama dua bulan ritual aneh tersebut dilakukan, Rustami tak juga hamil.
Kegiatan ini mula di ketahui penduduk sekitar hingga membuat kemarahan penduduk yang ingin supaya kiai dengan ritual aneh tersebut diusir dari kampung mereka. “Jelas ritual seperti itu tidak masuk akal dan menyalahi ketentuan agama Islam. Kenapa mesti di dalam bilik berduaan dengan isteri orang lain pada tengah malam,” kata Rosyid, salah seorang penduduk kampung itu.
Kerana itu,jugalah penduduk melaporkan kegiatan ini ke pejabat desa setempat supaya Gus Mat diusir dari Prunggahan Wetan agar tidak lagi merosakkan iman penduduk lainya.
Akhirnya semua pihak sepakat bahawa Gus Mat harus dihalau dari Desa Prunggahan Wetan. “Telah disepekati bahawa Mat Tohari yang selama ini tinggal di rumah Eko harus keluar dari Desa Prunggahan Wetan. - Informasi
ReadFull Article ..

Jumat, 28 Februari 2014

TIPS Cara Nak Elak LELAKI GATAL!


Jadi perempuan memang susah. Jalan-jalan seorang diri sahaja pasti diganggu.

Jadi bagaimana hendak elakkan diri diganggu lelaki yang tidak diminati? (Ala, kalau David Beckham yang kenyit mata, takkanlah kami tolak. Tetapi ini, mat rempit, sah-sahlah kami tidak berminat).

Di sini kami senaraikan cara-cara bagi memastikan anda tidak diganggu lagi oleh lelaki miang.

Pasang muka sombong

Lumrah manusia akan perhatikan wajah orang sebelum menyapa. Kalau wajah yang tersenyum ramah, memang ramai berminat untuk mengusik. Namun wajah ketat yang sombong dan nampak garang pasti menyebabkan lelaki tidak berani dekat. Nak elak jadi mangsa lelaki gatal mudah sahaja, pastikan dahi berkerut dan muka macam nak makan orang. Pasti tidak akan diganggu.

Pakai cincin

Saya suka cara ini. Pakai cincin tipu,kononnya anda sudah bertunang atau berkahwin. Lelaki Asia jarang ganggu wanita sudah berkahwin (melainkan wanita itu melayan). Tidak perlu cincin berjenama Tiffany, asalkan nampak macam cincin tanda cukuplah. Dan pastikan pakai di jari yang betul!

Main telefon

Buat-buat sibuk. Tengok mesej atau balas e-mail. Biarpun si lelaki tersebut bersiul atau bercakap dengan anda, buat tak tahu sahaja.

Pastikan dikelilingi teman-teman cantik

Ini berdasarkan kajian saintifik. Kalau dikelilingi teman yang lebih cantik, anda tidak akan diganggu kerana pemangsa (jantan gatal itu) akan sibuk ganggu perempuan yang lebih cantik. Betul atau tidak, boleh mencuba.
ReadFull Article ..

Kamis, 30 Januari 2014

Keluarga tidak mahu menerima jenazah lelaki Arab yang bunuh diri

 18 Mei 2013
 
Rumah sakit di Arab Saudi
Keluarga dilaporkan menolak menerima jenazah dari rumah sakit.

Seorang lelaki warga Arab Saudi meninggal dunia setelah membakar diri sebagai protes atas perlakuan pihak berwenang kepadanya.

Ali Jabiri Alhouraysi dilaporkan membakar diri pada Rabu (15/05) setelah digeledah polis . Pada saat itu dia gagal menunjukkan surat-surat identiti. Ali Jabiri Alhouraysi disebutkan telah kehilangan status warga negara Arab Saudi.

Beberapa sumber mengatakan kepada BBC bahawa lebih 100 orang berkumpul di depan balai polis ibukota Arab Saudi, Riyadh, untuk memprotes kematian Ali Jabiri Alhouraysi.

Mereka mengatakan keluarga Alhouraysi menolak menerima jenazah dari rumah sakit.
Laporan-laporan tentang membakar diri di Arab Saudi jarang sekali. Dua tahun lalu seorang lelaki berumur 60-an tahun meninggal dunia setelah membakar diri di Samitah, kawasan Jizan.

Penjual sayur

Ia dilaporkan marah kerana kesulitan memperoleh kewarganegaraan.
Insiden ini serupa dengan kematian seorang warga Tunisia, Muhammad Bouaziz, yang membakar diri sebagai protes pada 2011. Aksi Muhammad Bouaziz menyulut revolusi yang akhirnya menumbangkan Presiden Zine al-Abdine Ben.

Revolusi di Tunisia dengan cepat menjalar ke negara-negara lain di kawasan.
Seperti Bouazizi di Tunisia, Alhouraysi adalah penjual sayur mayur.
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Lelaki potong dan simpan potongan tubuh isteri di peti sejuk

5 Dis 2013

Polis India menangkap seorang lelaki sebab membunuh dan memutilasi isterinya. Tak hanya itu, dia juga menyimpan bahagian tubuh sang isteri di dalam peti sejuk.

Stesyen  televisyen BBC melaporkan, Rabu (4/12), Girish Pote membunuh isterinya bernama Madhuwanti, warga negara Perancis. "Lalu dia memotong kecil-kecil tubuh isterinya," ujar petugas polis  Dinkat Pingle.

Pote menyerang isterinya dengan pisau. Setelah sang isteri mati dia bahkan menelepon keluarganya dan menceritakan telah membunuh dan memutilasi perempuan dinikahinya itu. Keluarga pelaku segera menelepon polis .

Pote kini ditahan dan akan segera diperiksa kejiwaan. Polis  belum banyak berkomentar atas kes itu lantaran masih dalam penyiasatan. Dari hasil soal jawab  dengan suspek, Pingle mengatakan keduanya memang ke belakangan ini sering bertengkar terutama soal kewangan keluarga. "Madhuwanti juga ingin kembali ke Perancis dan dengan kasar kata tidak suka dengan India," ujar Pingle.Merdeka.com
ReadFull Article ..

Lelaki Bertukar Menjadi Perempuan Cantik

Lelaki ni menjalani rawatan hormon selama 2 tahun untuk ubah diri dia jadi perempuan. Siapa sangka lelaki sasa macam ni boleh berubah jadi perempuan yang sangat cun? Kami bukan la nak puji usaha dia berubah dari lelaki ke perempuan tu kan, tapi hasilnya.. Perghhh.. Ni kalau tak tau yang dia tu lelaki confirm ada yang dah try usha line ni. Hahaha

Sumber: wowberita.org



ReadFull Article ..

Sabtu, 21 Desember 2013

Hukum lelaki memakai emas putih dan platinum


Soalan

Assalamualaikum wrm wrbt.

  1. Adakah dibenarkan seseorang lelaki memakai emas putih seperti yang terdapat di pasaran sekarang?
  2. Seseorang telah memberitahu saya bahawa emas putih tidak dikenakan zakat, jadi ianya dibenarkan bagi seseorang lelaki memakainya. Adakah ianya benar?

Sekian Terima Kasih.



Jawapan.

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasai, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah: "halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah. Maka jawabnya: Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah." (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: aurum) dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satulogam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius.

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they? What are white golds? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold.

Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats."

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu HARAM buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan,

Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalamperhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil."

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Share

Follow fadah5 on Twitter

ReadFull Article ..