Tampilkan postingan dengan label pertama. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pertama. Tampilkan semua postingan
Kamis, 27 Februari 2014
Penampilan Pertama Uma Wang Di Milan

MILAN – Pereka fesyen yang berasal dari China, Uma Wang membuat penampilan pertama menerusi pertunjukan fesyen berunsurkan alam semula jadi dan kerohanian di sini semalam.
Wang dilihat sebagai pereka generasi muda China yang semakin meningkat naik.
“Pembeli dan kilang berada di Milan. Jadi tiada alasan untuk berada di tempat lain,” katanya pada AFP.
Beliau menunjukkan tinjauan koleksinya di Dewan Caryatids Royal Palace di Milan yang sebahagiannya musnah akibat dibom ketika Perang Dunia Kedua.
Koleksinya dimonopoli oleh warna putih, hitam, beige dan hijau.
Wang menuntut di Universiti Tekstil, China dan Central St. Martin, London. Beliau juga telah bekerja selama 10 tahun sebelum menubuhkan jenama sendiri pada tahun 2005.
Biarpun sesetengah jenama Itali mengalihkan produksi dan perhatian kepada pasaran negara membangun, pereka dan jenama dari China mula mengtinjauankan koleksi mereka di Itali. – AFP
Rabu, 01 Januari 2014
Duta Palestin Azeez bukan yang pertama seperti laporan muka depan pertama Utusan
| Harakahdaily, | 14 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Sehingga kini beratus orang mungkin telah dilantik sebagai Duta Khas Palestin dari seluruh dunia dan salah seorang dari mereka adalah Datuk Abdul Azeez Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia.Kerana berbangga dengan perlantikan itu, akhbar Umno telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu.
Antara laporan itu, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.
Namun sebelum perlantikan Abdul Azeez, kira-kira 50 orang dari seluruh dunia telah menerima perlantikan yang sama pada 4 Syawal lalu.
19 dari mereka adalah rakyat Malaysia yang datang ke Gaza atas nama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Salah seorang penerima itu, Dr Fauzi Zakaria berkata, beliau dan kira-kira 50 lagi ditanya apakah mereka mahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin sebelum diberikan watikah sebagai Duta Khas itu.(Dr Fauzi menunjukkan sijil Duta Kehormatnya yang diberikan oleh kerajaan Palestin pada 22 Ogos 2012 lalu)
Selepas berkata setuju, mereka diminta berbaiah (berikrar) dengan nama Allah akan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Selepas itu, mereka dianugerahkan sijil berupa perlantikan sebagai Duta Khas itu sebagaimana surat yang diterima Abdul Rahim yang dilaporkan akhbar Umno itu hari ini.
"Kami dah terima perlantikan itu 4 Syawal (22 Ogos 2012) iaitu kira-kira empat bulan lalu lagi, tetapi kerana bukan pemimpin Umno, tak adalah muka kami masuk muka depan Utusan," kata Fauzi kepada Harakahdaily.
Menurutnya, pelbagai NGO dari seluruh dunia datang ke Gaza untuk membantu rakyat Palestin.
"Biasanya ketua rombongan atau ketua NGO yang datang akan dilantik sebagai Duta Khas Palestin ini," katanya.
Langganan:
Postingan (Atom)