Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Minggu, 23 Februari 2014
Raja Lawak – Isma Alif TAK Layak Jadi Juri Profesional…! Buat Lawak Bodoh OUT OF DATE

Raja Lawak musim ke 7 sudah pun berakhir malam tadi…
Siapa jadi Juara..? Ramai tak tahu, lebih tepat kalau diungkapkan seperti ini “ramai tak mahu ambil tahu sebab Raja Lawak musim ke 7 tak ada kualiti..!”.
Berbeza dengan dengan musim musim yang lepas, penampilan peserta peserta yang bersaing menarik minat penonton untuk mengikuti persembahan mereka. Maka lahirlah nama nama seperti Yus Juara Musim Pertama, Johan, Zizan, Towkei, Kumpulan Sepah, Jehan, Nabil, Shiro yang dianggotai oleh Ajak, Shahrul dan beberapa nama lain pernah dicungkil bakat mereka…
Paling menyedihkan apabila artis yang tak berapa popular sewaktu zamannya tahun 90an, Isma Alif telah dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga Juri Profesional…!
Pelik! Sewaktu zaman Isma menceburi bidang seni beliau tak pernah langsung popular dengan sebarang watak lucu….
Oleh itu apabila dipilih menjadi salah seorang juri, maka Isma Alif telah menyalahgunakan tugasannya!
Beliau tidak pernah memberikan komen yang membina, sebaliknya bukan main sibuk nak membuat lawak lawak bodoh membuang masa dan membuatkan penonton rimas dan meluat. Ini dibuktikan apabila kedua dua pengacara Johan dan Zizan terpaksa mencelah untuk potong celoteh bodoh Isma Alif….
Berbeza pula dengan cara Dato AC Mizal dan Saiful Apek yang menampakkan sikap professional mereka menjadi Juri…
AC Mizal dan Apek banyak memberikan komen yang membina dan tunjuk ajar, begitu juga dengan teguran yang tepat, menyatakan dengan jujur sekiranya persembahan peserta peserta tidak baik dan membosankan.
Isma Alif pula selepas buat lawak bodoh sekiranya masih ada ruang untuk bercakap akan sentiasa memuji persembahan peserta walaupun dengan terang terang persembahan yang diberikan tahap sampah…!
Kalau diperhalusi tingkah laku Isma, beliau nampaknya seperti mahu lepaskan gian sebab tidak pernah berpeluang untuk mendapat ruang seperti ini sewaktu zamannya menjadi artis 90an.
Apa ASTRO dah buat…?
Sabtu, 01 Februari 2014
Fenomena Api Hijaz – Tanda Tanda Kiamat

Penduduk yang tinggal di lingkungan kawasan al-Salam, Kota al-Hodaidah di Yaman gempar dan panik apabila api dipercayai dari dalam perut bumi muncul di kawasan mereka.
Warga Yaman mengatakan, sejak 10 hari yang lalu (bermula 7 Jun), secara tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari perut bumi.
Kemudian wujud retakan yang memperlihatkan api dari dalam tanah muncul.
Apa yang berlaku itu adalah peringatan yang sudah diberi tahu lebih awal;
Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18)
Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01)
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari RA, berkata: “Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang Ente perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga Ente melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (H.R Muslim)
Rabu, 01 Januari 2014
Video Ini Hanya 2 Saat – Tapi Ditonton 21 5 Juta Kali!

Penulis tidak kenal siapa wanita dalam klip ini dan mengapa ia ditonton sebanyak 21.5 juta kali sejak ia dimuat naik pada tahun 2007.
Yang ada hanyalah nama pada tajuk klip yakni Michelle Hunziker.
Michelle Hunziker adalah pelakon dan penyanyi keturunan Itali yang lahir di Switzerland.
Jadi…apa yang menyebabkan klip yang sebenar kurang dua saat itu begitu popular?
Apakah kerana ia menampakkan sebahagian buah dada artis Eropah berkenaan?
Atau ada sebab lain…
Pelik juga kan…
Oleh: AK-47
Senin, 16 Desember 2013
Apa Untung Buat Sidang Media – Zarina Anjoulie

Apa Untung Buat Sidang Media? – Zarina Anjoulie - KUALA LUMPUR : Minggu lalu, pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie memaklumkan bakal mengadakan sidang media selepas dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang dengan diikat jamin oleh adik tiri perempuannya.
Namun, menerusi laporan portal Murai.com, pelakon tersebut menafikan dakwaan mengatakan dia akan mengadakan sidang meida dan mendakwa kenyataannya telah diputar belit oleh pihak-pihak tertentu.
Zarina pada Isnin lalu ditahan bersama teman lelakinya atas kesalahan memiliki dadah sebanyak dua biji pil Erimin 5 dengan aggaran berat 0.6 gram.
Berikutan penahanannya, Zarina menjadi tumpuan pelbagai pihak bagi mendapatkan kenyataan berhubung isu sensitif tersebut.
“Saya tidak cakap pun pada wartawan di media tersebut bahawa saya mahu buat sidang media. Apa yang cakap adalah sebaliknya.
“Alih-alih timbul pula laporan yang mengatakan saya mahu buat sidang media tersebut,” kata Zarina.
Zarina memberitahu, dia banyak menerima panggilan telefon dari pihak media untuk mendapatkan kenyataan darinya.
Katanya, dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan atau malas untuk berdepan dengan pihak media.
“Sebenarnya, wartawan itu menghubungi saya untuk mendapatkan komen berkenaan isu saya ini. Tapi, saya malas nak komen.
“Lagipun sejak kes ini timbul, telefon saya memang tidak henti-henti berdering dan memang banyak wartawan cari saya.
“Jadi saya pun bagi alasan mungkin saya kena buat sidang media agaknya untuk menjelaskan keadaan ini. Tak sangka pula benda itu dijadikan berita,” katanya.
Selain itu, Zarina mengatakan dia tidak mendapat sebarang keuntungan dengan mengadakan sidang media kerana baginya, isu dia terlibat dengan dadah tidak perlu diperbesarkan.
“Untuk apa? Yang untung bukannya saya. Lagipun, buat apa saya hendak perbesar-besarkan hal ini?
“Sekarang ini saya sibuk berbincang dengan peguam saya dan saya juga mahu habiskan masa dengan keluarga saya,” beritahu Zarina.
Rabu lalu, Zarina telah diikat jamin sebanyak RM2,000 oleh adik tiri perempuannya selepas dua hari bermalam di Kompleks Penjara Kajang.
Sebutan semula kes memiliki dadah Zarina akan berlangsung pada 8 Februari depan. – MyNewsHub
Langganan:
Postingan (Atom)