Tampilkan postingan dengan label tidak. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Februari 2014
Najib tak perlu bimbang kerana Pembangkang tidak pernah melakukan huru hara sejak merdekakata pemimpin PR
sinarharian
10 Februari 2013
10 Februari 2013
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin yang mahu pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sebagai tanda ‘ketakutan BN’.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Najib tidak perlu takut sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas pada PRU13 kerana sejarah membuktikan pembangkang tidak melakukan huru hara sejak merdeka.
Menurutnya, kenyataan itu sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan BN yang tidak pernah merasai kekalahan di peringkat pusat.
“Tidak perlu bimbang, pembangkang tidak akan melakukan huru hara seperti yang didakwa. Kami akan menerima keputusan dengan berlapang dada, apa yang dirisaukan adalah dari pihak lawan.
“Rakyat sekarang juga sudah matang, rakyat boleh menilai setiap kenyataan-kenyataan pemimpin negara dan tidak akan merosakkan keamanan yang telah dikecapi 56 tahun lalu. Kami mendukung demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Dakwanya lagi, dalam keadaan semasa yang tidak memihak kepada pembangkang dan sistem pilihan raya yang tidak bersih, pakatan tiga parti dalam PR tidak pernah memboikot pilihan raya, malah katanya, itulah penyumbang kepada demokrasi yang diamalkan negara.
“Bagi kami, kenyataan demi kenyataan yang mendakwa pembangkang akan menghuru-harakan negara kita ini sebagai satu perang psikologi yang dilancarkan oleh BN.
“Oleh kerana mereka tahu akan tewas pada PRU13, maka taktik itu digunakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali turut berpendapat kenyataan Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menuduh pembangkang akan menghuru-harakan negara sebagai perang psikologi.
Katanya, pihak yang harus menerima kekalahan pada PRU13 adalah BN dan jangan sesekali membuat sesuatu yang boleh menggugat keamanan negara.
“Kita boleh tengok dari segi sejarah, pihak mana yang tidak boleh menerima kekalahan.Contohnya seperti di Perak, di mana kerajaan PR yang dipilih rakyat ditumbangkan dengan cara yang keji.
“Selain itu seperti di Terengganu, Pas menang pada Pilihan Raya Umum 1999, maka wang royalti ditarik balik dan ditukarkan kepada wang ihsan. Ada banyak contoh lain, jadi siapakah yang tidak menerima kekalahan?” katanya.

Kamis, 30 Januari 2014
Keluarga tidak mahu menerima jenazah lelaki Arab yang bunuh diri
18 Mei 2013
Keluarga dilaporkan menolak menerima jenazah dari rumah sakit.
Seorang lelaki warga Arab Saudi meninggal dunia setelah membakar diri sebagai protes atas perlakuan pihak berwenang kepadanya.
Ali Jabiri Alhouraysi dilaporkan membakar diri pada Rabu (15/05) setelah digeledah polis . Pada saat itu dia gagal menunjukkan surat-surat identiti. Ali Jabiri Alhouraysi disebutkan telah kehilangan status warga negara Arab Saudi.
Beberapa sumber mengatakan kepada BBC bahawa lebih 100 orang berkumpul di depan balai polis ibukota Arab Saudi, Riyadh, untuk memprotes kematian Ali Jabiri Alhouraysi.
Mereka mengatakan keluarga Alhouraysi menolak menerima jenazah dari rumah sakit.
Laporan-laporan tentang membakar diri di Arab Saudi jarang sekali. Dua tahun lalu seorang lelaki berumur 60-an tahun meninggal dunia setelah membakar diri di Samitah, kawasan Jizan.
Penjual sayur
Ia dilaporkan marah kerana kesulitan memperoleh kewarganegaraan.
Insiden ini serupa dengan kematian seorang warga Tunisia, Muhammad Bouaziz, yang membakar diri sebagai protes pada 2011. Aksi Muhammad Bouaziz menyulut revolusi yang akhirnya menumbangkan Presiden Zine al-Abdine Ben.
Revolusi di Tunisia dengan cepat menjalar ke negara-negara lain di kawasan.
Seperti Bouazizi di Tunisia, Alhouraysi adalah penjual sayur mayur.
Langganan:
Postingan (Atom)