Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Februari 2014
Najib tak perlu bimbang kerana Pembangkang tidak pernah melakukan huru hara sejak merdekakata pemimpin PR
sinarharian
10 Februari 2013
10 Februari 2013
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin yang mahu pembangkang menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sebagai tanda ‘ketakutan BN’.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Najib tidak perlu takut sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas pada PRU13 kerana sejarah membuktikan pembangkang tidak melakukan huru hara sejak merdeka.
Menurutnya, kenyataan itu sepatutnya ditujukan kepada kepimpinan BN yang tidak pernah merasai kekalahan di peringkat pusat.
“Tidak perlu bimbang, pembangkang tidak akan melakukan huru hara seperti yang didakwa. Kami akan menerima keputusan dengan berlapang dada, apa yang dirisaukan adalah dari pihak lawan.
“Rakyat sekarang juga sudah matang, rakyat boleh menilai setiap kenyataan-kenyataan pemimpin negara dan tidak akan merosakkan keamanan yang telah dikecapi 56 tahun lalu. Kami mendukung demokrasi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Dakwanya lagi, dalam keadaan semasa yang tidak memihak kepada pembangkang dan sistem pilihan raya yang tidak bersih, pakatan tiga parti dalam PR tidak pernah memboikot pilihan raya, malah katanya, itulah penyumbang kepada demokrasi yang diamalkan negara.
“Bagi kami, kenyataan demi kenyataan yang mendakwa pembangkang akan menghuru-harakan negara kita ini sebagai satu perang psikologi yang dilancarkan oleh BN.
“Oleh kerana mereka tahu akan tewas pada PRU13, maka taktik itu digunakan dengan sebaik-baiknya,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali turut berpendapat kenyataan Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang terus menuduh pembangkang akan menghuru-harakan negara sebagai perang psikologi.
Katanya, pihak yang harus menerima kekalahan pada PRU13 adalah BN dan jangan sesekali membuat sesuatu yang boleh menggugat keamanan negara.
“Kita boleh tengok dari segi sejarah, pihak mana yang tidak boleh menerima kekalahan.Contohnya seperti di Perak, di mana kerajaan PR yang dipilih rakyat ditumbangkan dengan cara yang keji.
“Selain itu seperti di Terengganu, Pas menang pada Pilihan Raya Umum 1999, maka wang royalti ditarik balik dan ditukarkan kepada wang ihsan. Ada banyak contoh lain, jadi siapakah yang tidak menerima kekalahan?” katanya.

Rabu, 25 Desember 2013
Nurul Syuhada Pengacara TV3 nafi berhenti kerana isu Bintulu daif
Malaysiakini
| Sep 7 2012 |
Pengacara jelita TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin meletakkan jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa syarikat penyiaran swasta itu.
Beliau bagaimanapun menjelaskan tindakan itu tiada kena mengena berhubung kenyataannya dalam isu Bintulu daif yang dibantah hebat parti pemerintah dan pembangkang negeri, lapor Gua.com.my.
Laman hiburan itu juga melaporkan pengacara Nona itu sebagai berkata, surat peletakan jawatannya dimajukan sebelum insiden tersebut berlaku.
"Semua perkara berlaku sekarang dan tidak ada kena-mengena dengan insiden Bintulu. Tolong jangan kaitkan ia dengan isu panas ini kerana bagi saya ia hanya kebetulan saja. Lagi pun, saya bukan nak insiden ini berlaku pun.
"Keputusan peletakan jawatan ini dibuat pada bulan lepas iaitu sehari selepas saya mengambil keputusan untuk berhijab.
"Saya menghantar notis peletakan jawatan pada bulan lepas iaitu sebelum kes Bintulu itu berlaku," beliau dipetik sebagai berkata kepada portal itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka Media Prima Berhad petang semalam.
Nurul Syuhada sebelum ini dikritik kedua-dua pihak parti pemerintah dan pembangkang di Sarawak kerana didakwa menyifatkan Bintiluu - kawasan pengeluaran gas negara - sebagai daif.
Walaupun meminta maaf, beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa kenyataannya dalam satu laporan lintas langsung itu perlu difahami dalam konteks sebenar laporan itu dibuat.
Menurutnya, perkataan daif digunakan untuk menggambarkan Bintulu sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang kini bertukar wajah kerana manfaat pelan transformasi.
Sementara itu, Nurul Syuhada juga semalam menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga dan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi.
"Malah Insya-Allah, saya juga ingin memiliki cahaya mata dan ia juga sedikit sebanyak menyumbang ke arah itu. Pendek kata, saya mahu ruang peribadi dalam kehidupan keluarga saya," katanya.
Nurul Syuhada juga menafikan menerima tawaran pengacaraan daripada stesen televisyen lain.

Langganan:
Postingan (Atom)