Tampilkan postingan dengan label nahas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label nahas. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

GAMBAR Nahas Ngeri Babitkan Enam Kenderaan 3 Maut


Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, cuaca buruk tidak menghalang pemandu memenuhi jalan raya untuk pulang ke kampung halaman.

Natijahnya, risiko berlaku kemalangan menjadi lebih tinggi apatah lagi dengan keadaan jalan yang licin disebabkan hujan berterusan.

Misalnya kemalangan yang berlaku jam 4.45 petang semalam di Kilometer 244.6 Lebuhraya Utara – Selatan dekat Senawang.

Kemalangan ini membabitkan enam kenderaan iaitu lori tangki, lori treler, bas ekspres yang tidak membawa penumpang, motosikal, kereta Perodua Myvi dan teksi jenis MPV.

Rasidah Abdul Latip, 30, dan bayi baru berusia 10 bulan yang menaiki Myvi meninggal dunia dalam nahas ini begitu juga pemandu bas warga Singapura, Ahmad Zaki Kassim, 36. Penunggang motosikal dilaporkan patah kaki.

Punca kemalangan disebabkan lori tangki terbabas lalu menghadang laluan sebelum dirempuh lori treler dan empat kenderaan lain.

Myvi paling teruk apabila terperosok bawah lari manakala teksi terhimpit ke penghadang jalan raya.

Nahas membuatkan kesesakan teruk sepanjang 8 kilometer.

Berikut, gambar kemalangan ngeri tersebut. – REM RAMZI




ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

Nahas Bas 6 Mayat Masih Belum Dikenal Pasti


GENTING HIGHLANDS – Polis masih belum mengenal pasti enam mangsa daripada 37 mayat yang dibawa keluar dari bangkai bas di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata, 20 mayat ditemui, 19 daripadanya adalah rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia, telah dituntut oleh keluarga mereka.

“Bagi baki enam mayat, kita meneliti melalui pakaian, barang-barang berharga dan dokumen-dokumen yang terdapat dalam gaung untuk memadankan mereka. Saya menyeru kepada saudara-mara bagi mereka yang hilang di Genting untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebuah traktor yang besar telah dibawa lokasi tempat kejadian kemalangan bas di sepanjang 3.5km untuk mengangkat bangkai bas dari gaung.

Pegawai Puspakom turut menjalankan penyiasatan di lokasi untuk menentukan apakah yang boleh menyebabkan kemalangan.

Bangkai berkenaan dijangka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Ketika ditanya sama ada polis telah bercakap kepada mangsa-mangsa yang masih hidup daripada kemalangan itu, Supt Mohd Mansor berkata, mereka akan menunggu beberapa hari lagi.

“Ramai yang masih untuk pulih dan tidak berada dalam keadaan yang baik untuk memberi keterangan,” katanya. – mStar Online
ReadFull Article ..