Tampilkan postingan dengan label ngeri. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ngeri. Tampilkan semua postingan
Minggu, 02 Maret 2014
Pesta larian lembu yang ngeri dan seksi di Sepanyol

Mencari keseronokan dengan membahayakan nyawa sendiri?
Itulah yang dilakukan oleh ribuan manusia dari serata dunia apabila dikejar oleh enam ekor lembu jantan di utara Sepanyol.
Acara larian lembu jantan ini merupakan satu daripada acara sambutan Festival San Fermin yang diadakan setiap tahun di bandar Pamplona, Sepanyol. Peserta yang berpakaian tradisi acara, iaitu serba putih dan seledang merah di leher mereka lari lintang-pukang dikejar lembu jantan yang amat agresif. Ketika inilah ada yang tersadung lalu terjatuh sebelum dirempuh oleh peserta lain atau lebih malang dirodok atau disondol oleh lembu jantan.
Larian Lembu San Fermin San menjadi terkenal di seluruh dunia dengan terbitnya novel Ernest Hemingway, The Sun Also Rises pada tahun 1926. Pesta ini juga terkenal dengan parti liar jalanan sepanjang malam. Apabila menyentuh soal berparti sepanjang malam, sudah tentu hal itu melibatkan seks bebas, mabuk, dan sebagainya.
Ingin tahu tentang pesta ini dengan lebih lanjut? Tanya google.






















sumber : DUNIACACAMARBA
Rabu, 01 Januari 2014
GAMBAR Nahas Ngeri Babitkan Enam Kenderaan 3 Maut

Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, cuaca buruk tidak menghalang pemandu memenuhi jalan raya untuk pulang ke kampung halaman.
Natijahnya, risiko berlaku kemalangan menjadi lebih tinggi apatah lagi dengan keadaan jalan yang licin disebabkan hujan berterusan.
Misalnya kemalangan yang berlaku jam 4.45 petang semalam di Kilometer 244.6 Lebuhraya Utara – Selatan dekat Senawang.
Kemalangan ini membabitkan enam kenderaan iaitu lori tangki, lori treler, bas ekspres yang tidak membawa penumpang, motosikal, kereta Perodua Myvi dan teksi jenis MPV.
Rasidah Abdul Latip, 30, dan bayi baru berusia 10 bulan yang menaiki Myvi meninggal dunia dalam nahas ini begitu juga pemandu bas warga Singapura, Ahmad Zaki Kassim, 36. Penunggang motosikal dilaporkan patah kaki.
Punca kemalangan disebabkan lori tangki terbabas lalu menghadang laluan sebelum dirempuh lori treler dan empat kenderaan lain.
Myvi paling teruk apabila terperosok bawah lari manakala teksi terhimpit ke penghadang jalan raya.
Nahas membuatkan kesesakan teruk sepanjang 8 kilometer.
Berikut, gambar kemalangan ngeri tersebut. – REM RAMZI



Langganan:
Postingan (Atom)