Tampilkan postingan dengan label masih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label masih. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Februari 2014

Masih Muda Cantik Tapi Dijatuhi Hukuman Mati

18 Nov 2012

Kaum wanita, khususnya yang cantik dan berusia muda kerap diasosiasikan sebagai makhluk lemah. Tapi di China, banyak wanita cantik berusia muda yang menjadi penjahat kelas atas . Rasanya aneh...

Mereka dihukum mati kerana kejahatannya. Di China, hukum ditegakkan tanpa kenal kompromi. Dan inilah beberapa dari mereka yang muda dan cantik yang dihukum mati:

1. Xu Xiaomei

Dihukum mati kerana penganiayaan berat dan pembunuhan

2. Feng Cuiqiong

Ia dihukum mati pada usia 21 tahun. Kesnya adalah perdagangan dadah

3. Lai Xiangjian

Dihukum mati kerana membunuh suaminya sendiri

4. Tao Jing

Dieksekusi pada usia 20 tahun kerana membawa dadah untuk teman lelakinya

SUMBER
ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

Nahas Bas 6 Mayat Masih Belum Dikenal Pasti


GENTING HIGHLANDS – Polis masih belum mengenal pasti enam mangsa daripada 37 mayat yang dibawa keluar dari bangkai bas di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supt Mohd Mansor Mohd Nor berkata, 20 mayat ditemui, 19 daripadanya adalah rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia, telah dituntut oleh keluarga mereka.

“Bagi baki enam mayat, kita meneliti melalui pakaian, barang-barang berharga dan dokumen-dokumen yang terdapat dalam gaung untuk memadankan mereka. Saya menyeru kepada saudara-mara bagi mereka yang hilang di Genting untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebuah traktor yang besar telah dibawa lokasi tempat kejadian kemalangan bas di sepanjang 3.5km untuk mengangkat bangkai bas dari gaung.

Pegawai Puspakom turut menjalankan penyiasatan di lokasi untuk menentukan apakah yang boleh menyebabkan kemalangan.

Bangkai berkenaan dijangka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong untuk siasatan lanjut.

Ketika ditanya sama ada polis telah bercakap kepada mangsa-mangsa yang masih hidup daripada kemalangan itu, Supt Mohd Mansor berkata, mereka akan menunggu beberapa hari lagi.

“Ramai yang masih untuk pulih dan tidak berada dalam keadaan yang baik untuk memberi keterangan,” katanya. – mStar Online
ReadFull Article ..