Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gambar. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Genius Sudoku Paling Susah Di Dunia Gambar


Baru-baru ini seorang ahli matematik dari Finland telah menghabiskan waktu selama 3 bulan untuk menghasilkan satu Sudoku yang menurutnya akan menjadi Sudoku paling susah di dunia. Dia juga mendakwa seseorang itu harus menggunakan kebijaksanaan untuk menyelesaikannya. Jom sama-sama kita cuba. 



p/s : Kalau nak tau jawapan, sila email kami di akustress3@gmail.com. Hehe..
ReadFull Article ..

GAMBAR Nahas Ngeri Babitkan Enam Kenderaan 3 Maut


Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, cuaca buruk tidak menghalang pemandu memenuhi jalan raya untuk pulang ke kampung halaman.

Natijahnya, risiko berlaku kemalangan menjadi lebih tinggi apatah lagi dengan keadaan jalan yang licin disebabkan hujan berterusan.

Misalnya kemalangan yang berlaku jam 4.45 petang semalam di Kilometer 244.6 Lebuhraya Utara – Selatan dekat Senawang.

Kemalangan ini membabitkan enam kenderaan iaitu lori tangki, lori treler, bas ekspres yang tidak membawa penumpang, motosikal, kereta Perodua Myvi dan teksi jenis MPV.

Rasidah Abdul Latip, 30, dan bayi baru berusia 10 bulan yang menaiki Myvi meninggal dunia dalam nahas ini begitu juga pemandu bas warga Singapura, Ahmad Zaki Kassim, 36. Penunggang motosikal dilaporkan patah kaki.

Punca kemalangan disebabkan lori tangki terbabas lalu menghadang laluan sebelum dirempuh lori treler dan empat kenderaan lain.

Myvi paling teruk apabila terperosok bawah lari manakala teksi terhimpit ke penghadang jalan raya.

Nahas membuatkan kesesakan teruk sepanjang 8 kilometer.

Berikut, gambar kemalangan ngeri tersebut. – REM RAMZI




ReadFull Article ..

Minggu, 29 Desember 2013

Gambar Yang di Pertuan Agong Dan Ribuan Rakyat Ziarah Jenazah Ust Azizan

26 Sep 2013










  
POKOK SENA: Jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, dekat sini pada jam 5.50 petang tadi dengan disaksikan para pemimpin dan ribuan rakyat negeri ini.Talkin dibacakan Ketua Urusan Ulamak PAS Jerlun, Ustaz Mat Rejab Mat Akhir.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din; mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir;  Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Salehen Mukhyi;   Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jafar; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Mahdzir Khalid.

Solat jenazah dilaksanakan  di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar  jam 4.15 petang dengan diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah turut berangkat menziarahi jenazah Allahyarham.Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan.

Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di perkarangan Muassasah darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr Haron Din.

Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14  anak.Hrkh
ReadFull Article ..

Selasa, 24 Desember 2013

Cute Selena Gomez 9 Gambar

Homaih!
Lama tak dengar khabar dari Selena Gomez a.k.a awek Justin Bieber. Semalam beliau menghadiri majli tayangan surung filem terbaru beliau Spring Breakers di Venice. Filem ini turut dibintangi rakan Disney beliau Vanessa Hudgens. Kami tak pasti filem ini tentang apa tetapi dari preview poster kami mendapati Mrs Bieber dan rakan-rakan kerap berbikini. Sounds like a good movie. Oscar contender for sho








Sumber - BlogSerius

ReadFull Article ..

Sabtu, 21 Desember 2013

Super FFFU Nissan Skyline GTR R35 vs Perodua Kancil sekolah memandu 7 gambar




Kalau tak silap kalau kite langgar kereta sekolah memandu, lesen kita akan ditarik balik kan? Hurmm kite tunggu dan lihat ler. Difahamkan kemalangan ini berlaku di susur masuk Danga Bay, Johor Bahru, kota keriangan Legoland. Kami tidak pasti bile kejadian ini berlaku sebab email ini hanye menyertakan gambar sahaje. Sape ade info?
ReadFull Article ..