Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Maret 2014

Ditemui Maut Dengan Tembakan Di Kepala

Kes Bunuh

SELINSING – Misteri penemuan sebuah kereta mencurigakan di bahu jalan oleh sepasukan polis akhirnya terjawab apabila seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol, di sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, polis menerima maklumat awam mengenai penemuan sebuah kereta jenis Proton Waja yang mencurigakan diletakkan di bahu jalan sejak malam kelmarin.
Menurutnya, sepasukan polis pencegahan jenayah dan sekatan jalan raya bergerak segera meninjau lokasi aduan yang terletak berdekatan sebuah ladang kelapa sawit dan mendapati kereta jenis Proton Waja bernombor pendaftaran Pulau Pinang ditinggalkan di tepi jalan dengan keadaan enjin dimatikan.
“Setelah siasatan ke atas kereta dilakukan, salah seorang anggota kita menemui seorang lelaki berada di tempat duduk belakang dengan keadaan tidak bernyawa dipercayai ditembak di bahagian kepala.
“Kita turut menemui dua kelongsong peluru kosong daripada pistol jenis 9mm dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa,” katanya sewaktu ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di Bagan Serai, semalam.
Mat Fauzi berkata, selain kelongsong peluru, pihaknya turut menemui satu beg kain berzip milik mangsa dan menjumpai sepekat plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, kandungan dadah jenis syabu yang ditemui seberat dua gram diletakkan bersama sebuah beg pakaian berisi baju.
“Identiti sebenar mangsa masih tidak dikenal pasti berikutan kad pengenalan mangsa tidak ditemui. Bagaimanapun, kita menganggarkan umur mangsa lingkungan 30an.
“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa ditembak sewaktu berada di dalam kereta berdasarkan kedudukan tubuh mangsa ketika ditemui dan motif jenayah masih dalam siasatan,” katanya.
Mat Fauzi berkata, siasatan polis turut mendapati nombor plat kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan hilang di Puchong, Kuala Lumpur pada bulan Julai tahun lalu.
Menurutnya, pemilik sebenar kenderaan itu merupakan seorang lelaki Melayu dan berkemungkinan besar bukan milik mangsa memandangkan mangsa berbangsa India.
“Kita turut mengenal pasti kereta dinaiki mangsa ditemui berkedudukan menghala ke Simpang Empat, Semanggol dari arah Kuala Kurau dan bedah siasatan dijalankan di Hospital Parit Buntar pagi tadi (semalam).
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kita akan meneliti kes ini, sama ada ia didalangi sindiket pengedaran dadah atau melibatkan gangsterism,” katanya.
Individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubunginya talian 019-666 6496 untuk membantu siasatan. – SINAR HARIAN
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

GAMBAR Nahas Ngeri Babitkan Enam Kenderaan 3 Maut


Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, cuaca buruk tidak menghalang pemandu memenuhi jalan raya untuk pulang ke kampung halaman.

Natijahnya, risiko berlaku kemalangan menjadi lebih tinggi apatah lagi dengan keadaan jalan yang licin disebabkan hujan berterusan.

Misalnya kemalangan yang berlaku jam 4.45 petang semalam di Kilometer 244.6 Lebuhraya Utara – Selatan dekat Senawang.

Kemalangan ini membabitkan enam kenderaan iaitu lori tangki, lori treler, bas ekspres yang tidak membawa penumpang, motosikal, kereta Perodua Myvi dan teksi jenis MPV.

Rasidah Abdul Latip, 30, dan bayi baru berusia 10 bulan yang menaiki Myvi meninggal dunia dalam nahas ini begitu juga pemandu bas warga Singapura, Ahmad Zaki Kassim, 36. Penunggang motosikal dilaporkan patah kaki.

Punca kemalangan disebabkan lori tangki terbabas lalu menghadang laluan sebelum dirempuh lori treler dan empat kenderaan lain.

Myvi paling teruk apabila terperosok bawah lari manakala teksi terhimpit ke penghadang jalan raya.

Nahas membuatkan kesesakan teruk sepanjang 8 kilometer.

Berikut, gambar kemalangan ngeri tersebut. – REM RAMZI




ReadFull Article ..

Penunjuk perasaan maut ditembak

Sekumpulan penduduk berada di lokasi insiden serangan yang menyasarkan penunjuk perasaan di selatan Thai, kelmarin.

BANGKOK - THAILAND. Seorang penunjuk perasaan maut ditembak manakala seorang lagi cedera dalam insiden serangan di wilayah Nakhon Si Thammarat, kelmarin.

Gabenor Viroj Jiravarungsan memberitahu, polis gagal memasuki lokasi kejadian kerana dihalang kira-kira 300 penunjuk perasaan yang nekad melakukan protes kerana membantah keengganan kerajaan menaikkan harga getah sejak 23 Ogos lalu.

"Insiden serangan tersebut seperti sengaja mahu meningkatkan ketegangan kerana sebelum ini, kerajaan telah memberi arahan jelas bahawa tiada tindakan kekerasan akan digunakan terhadap kumpulan terbabit.

Namun, kumpulan penunjuk perasaan itu terus berdegil," jelasnya.

Difahamkan, golongan petani tersebut menggesa tunjuk perasaan diadakan di Bangkok pada hari ini selepas kerajaan menolak tuntutan untuk menaikkan harga getah kepada 120 baht (RM12) sekilogram. - AFP
ReadFull Article ..

Sabtu, 21 Desember 2013

11 Maut Virus H1N1 Merebak Di Utara Chile

Health workers wear masks as they monitor passengers at Santiagos international airport

SANTIAGO – Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila virus H1N1 merebak di utara Chile di mana kadar jangkitan adalah lebih daripada enam kali ganda berbanding wilayah lain di negara berkenaan, kata pihak berkuasa, hari ini.
“Purata di seluruh negara ialah 24 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk tapi di Tarapaca sepanjang minggu lalu kadarnya ialah 148 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk,” kata Presiden Persatuan Perubatan, Enrique Paris.
Paris berkata, pihaknya mencadangkan supaya pesta keagamaan yang dijadualkan pada 15 hingga 17 Julai ini yang dijangka dihadiri 200,000 orang ditangguhkan atau dibatalkan. – AFP
ReadFull Article ..