Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bunuh. Tampilkan semua postingan
Kamis, 30 Januari 2014
Keluarga tidak mahu menerima jenazah lelaki Arab yang bunuh diri
18 Mei 2013
Keluarga dilaporkan menolak menerima jenazah dari rumah sakit.
Seorang lelaki warga Arab Saudi meninggal dunia setelah membakar diri sebagai protes atas perlakuan pihak berwenang kepadanya.
Ali Jabiri Alhouraysi dilaporkan membakar diri pada Rabu (15/05) setelah digeledah polis . Pada saat itu dia gagal menunjukkan surat-surat identiti. Ali Jabiri Alhouraysi disebutkan telah kehilangan status warga negara Arab Saudi.
Beberapa sumber mengatakan kepada BBC bahawa lebih 100 orang berkumpul di depan balai polis ibukota Arab Saudi, Riyadh, untuk memprotes kematian Ali Jabiri Alhouraysi.
Mereka mengatakan keluarga Alhouraysi menolak menerima jenazah dari rumah sakit.
Laporan-laporan tentang membakar diri di Arab Saudi jarang sekali. Dua tahun lalu seorang lelaki berumur 60-an tahun meninggal dunia setelah membakar diri di Samitah, kawasan Jizan.
Penjual sayur
Ia dilaporkan marah kerana kesulitan memperoleh kewarganegaraan.
Insiden ini serupa dengan kematian seorang warga Tunisia, Muhammad Bouaziz, yang membakar diri sebagai protes pada 2011. Aksi Muhammad Bouaziz menyulut revolusi yang akhirnya menumbangkan Presiden Zine al-Abdine Ben.
Revolusi di Tunisia dengan cepat menjalar ke negara-negara lain di kawasan.
Seperti Bouazizi di Tunisia, Alhouraysi adalah penjual sayur mayur.
Sabtu, 21 Desember 2013
KOMPLOT CULIK BUNUH DR MAHATHIR DIDEDAH

Pasir Puteh: Dua bekas ahli PAS mendedahkan komplot untuk menculik, mencederakan dan membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketaksuban mereka terhadap Amanat Haji Hadi yang menghalalkan pemimpin UMNO dibunuh.
Kumpulan pertama merancang perkara itu pada 1988 untuk menculik dan membunuh Dr Mahathir manakala kumpulan kedua pula pada 1994, yang mahu melempar bom petrol ketika beliau melakukan lawatan di Semarak, di sini.
Perkara itu didedahkan bekas EXCO Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani, 57, dan bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS Kelantan, Shaidi Hussin, 45, kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Selamat Tinggal PAS di Gaal, di sini, malam kelmarin.
Sudah insaf, mohon maaf
Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang kini sudah insaf dan memohon maaf kepada Dr Mahathir di atas tindakan dipengaruhi ketaksuban terhadap pemimpin PAS ketika itu.
Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku mendakwa dia bersama lebih 30 orang yang semuanya ahli PAS, merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Dr Mahathir yang dianggap darahnya halal.
Oleh kerana ketika itu saya lihat sistem pilihan raya di Malaysia lambat untuk PAS mencapai kemenangan, saya merancang untuk merampas kuasa atau membunuh Perdana Menteri pada masa itu.
Kami juga telah menyiapkan Kabinet sementara dengan melantik Haji Hadi (Datuk Hadi Awang) sebagai Perdana Menteri. Bagi kami ketika itu membunuh Dr Mahathir adalah satu ibadat. Kami memahami sebegitu daripada Amanat Haji Hadi.
Rancangan dapat dihidu
Bagaimanapun, sebelum rancangan itu berjaya dilaksanakan pihak keselamatan dapat menghidu rancangan kami dan sebahagian ahli kumpulan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), katanya yang mengakui tidak memaklumkan mengenai rancangan itu kepada kepemimpinan atasan PAS ketika itu.
Ditahan mengikut ISA
Zainon yang pernah ditahan mengikut ISA selama enam tahun dari 2001 hingga 2006 berkata, PAS kini tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi (kerjasama) dengan DAP dan PKR.
Shaidi pula mendedahkan selepas berlaku peristiwa pembunuhan di Memali pada 1985, beliau diarahkan oleh ketuanya untuk merancang membunuh Dr Mahathir.
Katanya, mereka merancang untuk melempar bom petrol yang dicampur dengan racun ketika lawatan Dr Mahathir di Semarak.
Bagaimanapun, katanya, cubaan itu gagal kerana kawalan ketat oleh pihak keselamatan terhadap Dr Mahathir ketika itu.
Ketika itu saya yakin saya benar kerana kepemimpinan PAS ambil sejarah Rasulullah dan membandingkan dengan sejarah perjuangan PAS. Di situ saya yakin sehingga sanggup untuk menyertai komplot membunuh Dr Mahathir, katanya yang mendakwa mendapat latihan ketenteraan di selatan Thailand.
-SUMBER-
Langganan:
Postingan (Atom)