Tampilkan postingan dengan label mahathir. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahathir. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

Mahathir jengkel ditanya mengenai anaknya

Malaysiakini

  • Koh Jun Lin
  •   Nov 7 2012
 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

NONEMinggu lepas, Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan
kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd. Anak Mahathir - Datuk Mokhzani - adalah naib pengerusi SapuraKencana.
Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Dr Mahathir berkata:
"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak.
"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini.

"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya.

"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik."

azlanSapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa
saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, screenshot lamanweb menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.
ReadFull Article ..

Sabtu, 21 Desember 2013

KOMPLOT CULIK BUNUH DR MAHATHIR DIDEDAH


Pasir Puteh: Dua bekas ahli PAS mendedahkan komplot untuk menculik, mencederakan dan membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketaksuban mereka terhadap Amanat Haji Hadi yang menghalalkan pemimpin UMNO dibunuh. 

Kumpulan pertama merancang perkara itu pada 1988 untuk menculik dan membunuh Dr Mahathir manakala kumpulan kedua pula pada 1994, yang mahu melempar bom petrol ketika beliau melakukan lawatan di Semarak, di sini. 

Perkara itu didedahkan bekas EXCO Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani, 57, dan bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS Kelantan, Shaidi Hussin, 45, kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Selamat Tinggal PAS di Gaal, di sini, malam kelmarin. 

Sudah insaf, mohon maaf 

Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang kini sudah insaf dan memohon maaf kepada Dr Mahathir di atas tindakan dipengaruhi ketaksuban terhadap pemimpin PAS ketika itu. 

Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku mendakwa dia bersama lebih 30 orang yang semuanya ahli PAS, merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Dr Mahathir yang dianggap darahnya halal. 

Oleh kerana ketika itu saya lihat sistem pilihan raya di Malaysia lambat untuk PAS mencapai kemenangan, saya merancang untuk merampas kuasa atau membunuh Perdana Menteri pada masa itu. 
Kami juga telah menyiapkan Kabinet sementara dengan melantik Haji Hadi (Datuk Hadi Awang) sebagai Perdana Menteri. Bagi kami ketika itu membunuh Dr Mahathir adalah satu ibadat. Kami memahami sebegitu daripada Amanat Haji Hadi. 

Rancangan dapat dihidu 

Bagaimanapun, sebelum rancangan itu berjaya dilaksanakan pihak keselamatan dapat menghidu rancangan kami dan sebahagian ahli kumpulan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), katanya yang mengakui tidak memaklumkan mengenai rancangan itu kepada kepemimpinan atasan PAS ketika itu. 

Ditahan mengikut ISA 

Zainon yang pernah ditahan mengikut ISA selama enam tahun dari 2001 hingga 2006 berkata, PAS kini tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi (kerjasama) dengan DAP dan PKR. 

Shaidi pula mendedahkan selepas berlaku peristiwa pembunuhan di Memali pada 1985, beliau diarahkan oleh ketuanya untuk merancang membunuh Dr Mahathir. 

Katanya, mereka merancang untuk melempar bom petrol yang dicampur dengan racun ketika lawatan Dr Mahathir di Semarak. 

Bagaimanapun, katanya, cubaan itu gagal kerana kawalan ketat oleh pihak keselamatan terhadap Dr Mahathir ketika itu. 

Ketika itu saya yakin saya benar kerana kepemimpinan PAS ambil sejarah Rasulullah dan membandingkan dengan sejarah perjuangan PAS. Di situ saya yakin sehingga sanggup untuk menyertai komplot membunuh Dr Mahathir, katanya yang mendakwa mendapat latihan ketenteraan di selatan Thailand.

-SUMBER-
ReadFull Article ..