Tampilkan postingan dengan label zarina. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label zarina. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Sharifah Zarina Muncul Selepas Lima Tahun Menghilang
Salam semua,

ReadFull Article ..

Sharifah Zarina Muncul Selepas Lima Tahun Menghilang
Hampir lima tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Sharifah Zarina bertekad untuk kembali aktif dalam dunia nyanyian pada tahun ini.
Jelas Sharifah Zarina, keputusan itu dibuat kerana selama ini dia banyak menghabiskan masa bersama keluarga termasuk tiga orang anaknya.
"Sebenarnya dari tahun lepas lagi saya sudah mula bergiat aktif tetapi ia tidak berapa rancak kerana ramai pihak masih tidak mengetahui kemunculan semula saya dalam bidang nyanyian.
"Tahun ini saya akan berusaha lebih keras dalam memastikan kerjaya seni saya kembali terancang dengan pelbagai aktiviti dan lagu baru," ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Sharifah Zarina, antara penyebab dia mahu muncul semula dalam bidang seni kerana tidak gusar untuk meninggalkan tiga cahaya matanya yang sudah besar selain mendapat keizinan suami tercinta.
Dalam pada itu, Sharifah Zarina berkata, dia juga telah melantik seorang pengurus bagi memastikan perjalanan kariernya lebih teratur pada masa hadapan.
"Mungkin sebelum ini cubaan saya untuk kembali dalam bidang nyanyian tidak berapa menjadi kerana tiada bantuan pengurus yang boleh merencanakan aktiviti dan publisiti untuk saya.
"Dengan adanya pengurus rasanya perancangan saya akan lebih tersusun selepas ini," katanya.
Dalam perkembangan sama dia sudah pun muncul dengan single terbaru berjudul Memandang Awam ciptaan Muhammad Ashraf Aasimudin.
Ujarnya, lagu berentak balada itu telah pun siap sepenuhnya pada penghujung Februari lalu dan telah pun dihantar ke stesen radio untuk disiarkan.
"Saya teruja dengan lagu ini kerana penghasilannya dilakukan agak lama kerana Ashraf adalah seorang yang begitu teliti dalam menghasilkan sesuatu.
"Beberapa kali penambahbaikan terhadap lagu itu dibuat sehingga dia berpuas hati dan sebagai penyanyi saya juga gembira dengan hasil yang ditunjukkan," katanya.
Bercakap mengenai aktiviti terbarunya, Sharifah Zarina berkata, dia akan berangkat ke Sabah pada Sabtu dan Ahad ini untuk menjayakan program Jelajah Janji Harus Ditepati di Dataran Bandaran Kota Kinabalu. [Mstar Online]
Senin, 16 Desember 2013
Apa Untung Buat Sidang Media – Zarina Anjoulie

Apa Untung Buat Sidang Media? – Zarina Anjoulie - KUALA LUMPUR : Minggu lalu, pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie memaklumkan bakal mengadakan sidang media selepas dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang dengan diikat jamin oleh adik tiri perempuannya.
Namun, menerusi laporan portal Murai.com, pelakon tersebut menafikan dakwaan mengatakan dia akan mengadakan sidang meida dan mendakwa kenyataannya telah diputar belit oleh pihak-pihak tertentu.
Zarina pada Isnin lalu ditahan bersama teman lelakinya atas kesalahan memiliki dadah sebanyak dua biji pil Erimin 5 dengan aggaran berat 0.6 gram.
Berikutan penahanannya, Zarina menjadi tumpuan pelbagai pihak bagi mendapatkan kenyataan berhubung isu sensitif tersebut.
“Saya tidak cakap pun pada wartawan di media tersebut bahawa saya mahu buat sidang media. Apa yang cakap adalah sebaliknya.
“Alih-alih timbul pula laporan yang mengatakan saya mahu buat sidang media tersebut,” kata Zarina.
Zarina memberitahu, dia banyak menerima panggilan telefon dari pihak media untuk mendapatkan kenyataan darinya.
Katanya, dia tidak mahu memberikan sebarang kenyataan atau malas untuk berdepan dengan pihak media.
“Sebenarnya, wartawan itu menghubungi saya untuk mendapatkan komen berkenaan isu saya ini. Tapi, saya malas nak komen.
“Lagipun sejak kes ini timbul, telefon saya memang tidak henti-henti berdering dan memang banyak wartawan cari saya.
“Jadi saya pun bagi alasan mungkin saya kena buat sidang media agaknya untuk menjelaskan keadaan ini. Tak sangka pula benda itu dijadikan berita,” katanya.
Selain itu, Zarina mengatakan dia tidak mendapat sebarang keuntungan dengan mengadakan sidang media kerana baginya, isu dia terlibat dengan dadah tidak perlu diperbesarkan.
“Untuk apa? Yang untung bukannya saya. Lagipun, buat apa saya hendak perbesar-besarkan hal ini?
“Sekarang ini saya sibuk berbincang dengan peguam saya dan saya juga mahu habiskan masa dengan keluarga saya,” beritahu Zarina.
Rabu lalu, Zarina telah diikat jamin sebanyak RM2,000 oleh adik tiri perempuannya selepas dua hari bermalam di Kompleks Penjara Kajang.
Sebutan semula kes memiliki dadah Zarina akan berlangsung pada 8 Februari depan. – MyNewsHub
Langganan:
Postingan (Atom)