Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Didie Alias Nak Buka Perniagaan Online

Didie Alias Nak Buka Perniagaan Online


PELAKON dan pelawak wanita popular, Didie Alias mengatakan dia akan membuka sebuah perniagaan fesyen atas talian yang menggunakan jenamanya sendiri.

Barangan yang akan dijual kelak ialah aksesori, kemeja T dan kemeja edisi terhad yang akan dijual pada harga berpatutan serta mampu dimiliki oleh golongan biasa.

“Saya akan memulakan fesyen dengan jenama sendiri dan berkolaborasi bersama beberapa pereka fesyen yang dikenali,” katanya yang dipetik menerusi sebuah akhbar harian, hari ini.

Dalam perkembangan lain, ibu kepada lima orang anak remaja ini baru sahaja dilantik menjadi duta kepada syarikat pelancongan Amar Travel & Tours dan akan berlayar di atas kapal persiaran bersama peminatnya kelak.

Oleh:  AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar