Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label umno. Tampilkan semua postingan

Kamis, 19 Desember 2013

Pemuda Umno Bantah Laksana CCRIS Terhadap Peminjam PTPTN

Pemuda Umno menolak cadangan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebaliknya menggesa Putrajaya supaya menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengutip balik semula pinjaman PTPTN.

"Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.

"Pada pandangan Pemuda Umno, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan," kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Belia dan Sukan itu juga berkata Putrajaya juga perlu menimbangkan situasi semasa peminjam PTPTN.

"Bahkan, keutamaan hendaklah diberi kepada tindakan bersepadu yang juga mengambil kira pemberian insentif bayaran balik serta kaedah pembayaran anjal yang mengambil kira situasi semasa peminjam," tegasnya lagi.

Pinjaman PTPTN adalah sebuah keperluan dan berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain serta tidak wajar kaedah sama digunakan untuk mengutip semula hutang pinjaman pendidikan tersebut, menurut Khairy lagi.

"Pinjaman PTPTN amat berbeza dengan pinjaman-pinjaman lain seperti hutang kad kredit atau kenderaan kerana ia tidak tergolong dalam pinjaman berasaskan pilihanan peribadi.

"Harus diakui bahawa pinjaman PTPTN bersifat keperluan kerana Kerajaan tidak menawarkan pendidikan percuma sepenuhnya di institusi pengajian tinggi," tegasnya lagi.

Selain itu, Khairy juga berkata pendidikan adalah keperluan untuk golongan muda dan langkah melaksanakan CCRIS akan memberi tanggapan negatif terhadap kerajaan.

"Kumpulan peminjam tegar yang tidak melunaskan sebarang pembayaran balik adalah kecil dan tindakan penyenaraian hitam sebegini boleh memberi tanggapan umum yang negatif kepada segala gerak kerja PTPTN," tambahnya.

Semalam, Idris semasa mengumumkan langkah tersebut berkata, menerusi pendekatan melalui CCRIS, peminjam PTPTN ingkar berkenaan akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.

Sejurus pengumuman tersebut, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, pembangkang Pakatan Rakyat (PR) dan juga aktivis mahasiswa membidas Idris kerana langkah tersebut akan menindas golongan belia.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) berkata selain menghukum peminjam, yang majoritinya anak muda, tindakan diumumkan Idris itu juga akan menutup peluang belia Melayu dan Bumiputera menceburkan diri dalam perniagaan ekoran kesukaran mendapatkan pembiayaan institusi kewangan.

PR juga turut membidas kenyataan Idris tersebut dengan mengatakan ia satu bentuk penindasan kepada peminjam PTPTN serta sebaliknya menegaskan kerajaan wajar menangani masalah peningkatan kos sara hidup yang menjadi beban utama golongan muda.

PTPTN meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar sejak 1 Julai 1997 sehingga 30 Jun lalu, dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion. 
The Malaysian Insider
ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

Pakatan sambut baik Umno tubuh Kelab Penyokong di IPTA Peluang juga harus dibuka kepada pembangkang


sinar harian 28 Ogos 2012
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menyambut baik langkah Umno yang mahu menubuhkan Kelab Penyokong di institusi pengajian tinggi awam (IPTA)  tetapi menegaskan agar tiada sebarang sekatan diberi kepada parti pembangkang jika mereka juga mahu menubuhkan badan yang sama.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, langkah Umno yang mahu menubuhkan Kelab Penyokong di IPTA ini harus disambut secara positif kerana ia boleh mendedahkan mahasiswa kepada politik.

“Usaha Umno ini harus dipuji kerana jika mereka menubuhkan Kelab Penyokong Umno, PR juga akan menumpukan usaha yang sama bagi menimbulkan persaingan yang sihat. Ini sekali gus memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam menceburkan diri dalam arena politik,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ia langkah awal diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 2012 baru-baru ini.

Pindaan itu membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.

Saifuddin turut berkata, pindaan Auku memberi peluang kepada mahasiswa mendalami senario politik dalam negara.

“Langkah Umno memperkenalkan Kelab Penyokong di IPTA ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Kami sendiri sudah jangka dan ini tidak sesekali menjejaskan kewibaan kami sebagai parti pembangkang kerana kami mengambil jalan sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan, pihak pentadbiran universiti juga harus bersikap adil dan terbuka tanpa mengamalkan ‘double standard’.

“Jika Umno diberi kebebasan untuk tubuhkan Kelab Penyokong, peluang juga harus dibuka kepada pembangkang,” jelasnya.

Pas turut melahirkan pandangan yang selari dengan PKR.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, usaha yang dilakukan BN ini harus dilihat secara positif kerana ia boleh mewujudkan persaingan yang sihat di antara BN dan parti pembangkang.

“Lagi cepat tubuhkan (Kelab Penyokong BN), lagi bagus,” katanya.

Menurut Salahuddin, usaha itu mampu melahirkan mahasiswa yang celik politik di negara ini tetapi pihak pentadbiran universiti harus bersikap adil dan saksama terhadap semua parti politik yang terlibat menubuhkan kelab penyokong masing-masing.

“Ini merupakan salah satu proses demokrasi. Jadi, mahasiswa dapat melahirkan pendapat dan pandangan politik mereka secara terbuka. Jadi usaha ini perlu kita sambut baik,” ulas beliau.
ReadFull Article ..