Tampilkan postingan dengan label pengarah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pengarah. Tampilkan semua postingan
Rabu, 01 Januari 2014
Punya tujuh anak pengarah Cina disiasat
9 Mei 2013
Pemerintah Cina dilaporkan sedang menyiasat sutradara kenamaan Zhang Yimou kerana melanggar kebijakan satu anak.
Media pemerintah mengatakan Zhang, yang merancang upacara pembukaan spektakuler Olimpiade Beijing, telah memiliki tujuh anak dari empat perempuan.
Berdasarkan undang-undang Cina, pasangan suami isteri boleh dihukum jika memiliki lebih dari satu anak, meski keluarga di pelosok Cina diizinkan memiliki dua anak jika anak pertama perempuan.
Jika tuduhan terhadap Zhang terbukti, dia terancam membayar denda besar.
"Kami sedang berusaha mengkonfirmasi rumor online tersebut," kata seorang staf di komite keluarga berencana kota Wuxi, seperti dikutip kantor berita Associated Press.
Hak punya anak
Para pengguna media sosial Cina ramai-ramai mengkritik Zhang dan perbedaan perlakuan yang diterima kalangan elit dan rakyat biasa.
"Memiliki anak berapa pun adalah hak dasar manusia tapi dalam masyarakat yang sinting, hak dasar telah menjadi hak istimewa," kata warga Beijing Liu Weiling di situs mikroblog Weibo.
"Mengapa Cina tidak bisa mendapat rasa hormat dari dunia?" kata penulis Christopher Jing.
"Orang kaya yang punya banyak perempuan simpanan, selebriti tua menikah berkali-kali, Zhang Yimou mendapat banyak perlakuan istimewa," kata Jing.
Zhang Yimou adalah sutradara yang cukup dihormati di dunia.
Salah satu film internasionalnya yang mendapat pujian adalah Flowers of War dengan pemeran utama aktor Christian Bale.
Agen Zhang di Los Angeles tidak memberikan respon apa pun.
Rabu, 25 Desember 2013
Siasatan Kes Pembunuhan Pengarah JAIPP Diperluas

KUANTAN – Skop penyiasatan berhubung kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raffli Abdul Malek, 49, yang mati ditembak pada 10 November lepas diperluaskan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Katanya siasatan tidak hanya tertumpu kepada kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ semata-mata.
Beliau berkata, polis melakukan siasatan dari semua sudut, tidak hanya bertumpu kepada bidang tugas mangsa yang dilaporkan sedang mengendalikan tiga kes iaitu ajaran sesat Tuhan Harun, ajaran Syiah dan operasi kelab malam.
“Polis juga akan memburu yang lain, bukan saja pengikut Tuhan Harun dipanggil, ada juga yang lain diminta tampil untuk membantu siasatan dan kita menyiasat dari semua aspek.
“Setakat ini ada yang sudah tampil memberikan keterangan. Ada yang masih belum dan ada yang kita tahan,” katanya selepas menutup Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Negara di Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.
Sementara itu mengulas mengenai kes bunuh dan culik dua pelancong warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada Jumaat lepas, Khalid berkata perkara itu tidak perlu diberikan liputan meluas oleh media kerana ia membabitkan nyawa mangsa yang diculik.
“Ini satu kes penculikan, jadi saya nasihatkan eloklah kita tidak membincangkannya secara terbuka kerana jika bincang secara terbuka di media, kita takut nyawa mangsa lebih terancam.
“Jadi biarlah polis menguruskan bersama pihak berkuasa Filipina dalam usaha memastikan keselamatan mangsa,” katanya. – Bernama
Langganan:
Postingan (Atom)