Tampilkan postingan dengan label israel. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label israel. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Desember 2013

Misteri SMS Pada Tentera Israel ‘Gaza Akan Menjadi Kuburan Bagi Kalian Kami Akan Membakar Tel Aviv!’

 28 Nov 2012
HAMPIR satu minggu  setelah perang Israel terhadap Gaza dihentikan, beredar sebuah khabar yang cukup mengejutkan banyak pihak. 

Yang paling menjadi perhatian adalah sebuah SMS yang beredar kepada para tentera Israel.
SMS itu berbunyi “Kami akan mengubah Gaza menjadi kuburan buat kalian dan membakar Tel Aviv!”
SMS itu dikirim massal ke hampir semua personel tentera Israel.

Tak ada seorang pun tentera Israel yang mengaku pernah memberikan nombor telepon  mereka. “Saya telah bertemu dengan sejumlah laki-laki dari Jihad Islam selama dinas tentera saya, tapi saya tidak pernah mengungkapkan rincian peribadi saya kepada mereka,” ujar seorang tentera.
“Saya bahkan tidak memiliki akaun Facebook atau apa pun yang boleh membantu mereka menghubungi saya. Ini sangat aneh,” katanya lagi.

Menurut Information Security IDF (kesatuan tentera Israel) selama Operation Pillar of Defence, Jihad Islam lah yang mengirimkan ribuan pesan ancaman itu.
“Mungkin salah satu tentera dalam daftar satuan cadangan kami mengupload data kami ke Google Docs,” kata seorang tentera IDF. [sa/islampos/ynet]
ReadFull Article ..

Senin, 16 Desember 2013

Obama sokong Israel

Harakahdaily

Terjemahan Mohamad Yahya, 19 Nov 2012
Presiden Barack Obama berkata Ahad lalu bahawa Israel mempunyai "hak" untuk mempertahankan dirinya daripada serangan peluru berpandu oleh militan di Gaza tetapi memberi amaran bahawa memesatkan serangan dengan menggunakan tentera darat Israel akan menjejaskan harapan proses damai dengan Palestin.
(Gambar: Presiden Barack Obama berucap mengenai pergolakan di Timur Tengah semasa lawatan ke Asia.)
"Mari kita fahami kejadian yang merupakan punca krisis sekarang dan ia adalah kerana serangan peluru berpandu yang dilancarkan bukan sahaja ke wilayah tentera Israel tetapi di kawasan yang didiami orang awam, tiada negara di dunia ini yng akan bertolak ansur dengan serangan peluru berpandu merentas sempadan kepada rakyatnya," ujar Obama ketika sidang akhbar di Thailand, permulaan lawatan tiga negara beliau di Asia.

"Jadi, kami menyokong sepenuhnya hak Israel untuk mempertahankan dirinya daripada pendaratan peluru berpandu di rumah dan tempat kerja orang awam yang berpotensi membunuh orang awam."

Beliau menambah: "Israel mempunyai setiap hak untuk mengharapkan bahawa mereka tidak mendapat serangan peluru berpandu yang dilancarkan ke wilayahnya. Jika harapan itu dapat dicapai tanpa menambahkan aktiviti ketenteraan di Gaza, maka itu adalah lebih baik. Ia bukan hanya lebih untuk rakyat Gaza. Ia juga lebih baik untuk rakyat Israel, kerana jika tentera Israel berada di Gaza, mereka berisiko tinggi untuk mati atau tercedera. " (nbcnews.com)
ReadFull Article ..