Senin, 03 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » » Isteri Uthaya berang anak tak dibenar jumpa bapa mereka

Isteri Uthaya berang anak tak dibenar jumpa bapa mereka

  • Nigel Aw
  • Malaysiakini Ogos 3 2013
 
S Indra Devi, isteri pemimpin Hindraf P Uthayakumar yang sedang menjadi hukuman penjara, berang kerana anak-anaknya tidak dibenarkan berjumpa bapa mereka di Penjara Kajang pagi ini.

S Indra DeviS Indra DeviIndra (kiri) berkata, sedangkan kedua-dua anak
perempuannya dibenarkan berjumpa bapa mereka dalam lawatan ke penjara bulan lalu.

"Alasan yang diberikan ialah kerana mereka adalah anak tiri Uthayakumar," kata Indra kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

"Uthayakumar adalah seorang bapa yang baik dan suami yang baik, anak-anak tersebut telah menunggu untuk bertemu bapa mereka selama sebulan dan ini pula yang berlaku.

"Mereka begitu bersemangat untuk memberitahunya mengenai peperiksaan dan kolej tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian hanya kerana mereka adalah anak tiri," katanya kesal.

Beliau berkata semasa lawatan di penjara selama 20 minit itu, Uthayakumar menunjukkan kaki dan tanganya bengkak yang didakwa berpunca daripada prolapsed disc yang tidak dirawat dengan betul.

"Menteri Dalam Negeri telah menuduh saya mahukan  rawatan VVIP untuk suami saya tetapi itu tidak benar.

"Apa yang kami minta ialah dia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk pemeriksaan," kata Indra, sambil menambah bahawa Uthayakumar telah terlepas temujanji bertemu pakar di hospital pada 1 Ogos lalu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar